Tanjung Pinang, Kepulauan Riau (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah dan izin-Nya, dapat saya menjejakkan kaki ke Tanjung Pinang buat kali kedua. Alhamdulillah, segala perjalanan pergi dan balik selamat dan berjalan dengan sangat lancar. Pengalaman menjejakkan kaki buat pertama kali ke Tanjung Pinang pada tahun lalu dimanfaatkan sebaiknya. Dengan rasa rendah hati, saya kongsikan sedikit langkah demi langkah jika ingin berkunjung ke Tanjung Pinang. Tips ini juga boleh digunakan jika mahu ke Batam, Lingga, Karimun, Natuna serta kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Kepulauan Riau.

Beli tiket ke Tanjung Pinang

Perkara pertama yang perlu kita utamakan bila nak 'travel' ialah harga tiket. Kena 'survey' dulu harga tiket dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Harga tiket ke Tanjung Pinang (jika melalui Stulang laut) tidak berubah iaitu RM 102 sehala. Okeylah, takut korang semua tak faham. Saya bagi 'detail' sedikit harga pengangkutan untuk ke Tanjung Pinang.

Larkin Sentral-JB Sentral= RM 1.70 (bas)

JB Sentral-Terminal Feri Stulang Laut= RM 12 (teksi)

Terminal Feri Stulang Laut-Terminal Feri Tanjung Pinang= RM 102 (feri)

Kenapa tak naik bas terus dari Larkin Sentral ke Terminal Feri Stulang Laut? Sebabnya, tiada perkhidmatan bas disediakan dari larkin ke terminal tersebut. Kalau naik teksi pula, dikhuatiri akan dikenakan cas yang mahal. Sebagai langkah penjimatan, saya menggunakan bas terlebih dahulu. Apabila sampai di Larkin Sentral, terus cari bas henti-henti ke JB Sentral. *kalau tak tau, tanya orang sekeliling, jangan berat mulut nak tanya kat orang. Malu bertanya sesat jalan.

Kupon teksi dari JB Sentral ke Stulang Laut


Tiket feri ke Tanjung Pinang

Maklumat yang berkaitan mengenai tiket feri

Keadaan di Terminal Feri Stulang Laut


Selepas sampai di JB Sentral, terus cari teksi ke Stulang Laut. Tetapi, keadaan di JB Sentral agak sedikit kelam-kabut. Maklumlah, banyak bas yang akan berhenti di terminal tersebut, Ditambah pula dengan jumlah manusia yang ramai. Kena 'cool down' dan ambil pendekatan bertenang. Kalau cari teksi, pergi ke kawasan yang banyak teksi. Jangan tahan-tahan teksi kat tepi jalan (kalau di JB Sentral). Dah nampak teksi banyak-banyak di tepi jalan tu, terus pergi ke pemandu-pemandu teksi. Mereka akan suruh beli kupon dulu sebelum naik teksi. Perkhidmatan kupon teksi di JB Sentral amat memuaskan dan wajib dilaksanakan di tempat-tempat yang lain. Ini bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa penipuan harga tiket. Dah dapat kupon, terus naik teksi. Perjalanan teksi ke Stulang Laut hanya mengambil masa sekitar 5-10 minit (bergantung kepada keadaan trafik). Dah masuk dalam teksi tu, berbual la sikit dengan pemandu tersebut. Taklah perjalanan kita terasa bosan sambil ditemani bunyi cengkerik (krik krik krik).

Dah sampai di terminal, terus masuk ke dalam bangunan yang menempatkan kaunter jualan tiket. Kaunter tiket terletak di tingkat 2. Anda boleh menggunakan tangga atau lift untuk ke kaunter tersebut. Selain menyediakan perkhidmatan jualan tiket, bangunan tersebut turut menempatkan khidmat pertukaran wang asing (money changer), kafeteria, kedai sebaneka (ala-ala 7 eleven), kedai telekomunikasi, tandas dan kaunter pertanyaan. Perjalanan feri ke Tanjung Pinang adalah sebanyak 3 kali sehari manakala ke Batam hampir setiap 1 jam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web http://www.berjayawaterfront.com.my/ untuk maklumat lanjut. 

Selepas passport diperiksa oleh pegawai imigresen Malaysia, anda hendaklah menyimpan semula passport tersebut. Simpan baik-baik. Passport ibarat nyawa jika berkunjung ke luar negara. Hanya tunjuk tiket feri sahaja. Selepas masuk ke dalam feri, cari tempat duduk yang sesuai. Jangan memilih tempat duduk yang hampir dengan 'air cond' bagi mengelakkan diri anda menjadi 'beku' di dalam feri. (hahahha). 'Air cond' di dalam feri suhunya amat sejuk dan menyebabkan anda mengantuk. Terdapat juga ruang untuk merokok dan juga tandas di bahagian belakang feri.

Perjalanan dari Terminal Feri Stulang Laut menuju ke Tanjung Pinang mengambil masa kira-kira 3 jam. Dalam tempoh tersebut, anda boleh melelapkan mata, makan, minum, mendengar muzik, membaca buku atau apa-apa aktiviti yang bersesuaian dengan diri anda. Kalau anda kelaparan di dalam feri, anda hanya boleh memesan makanan atau minuman kepada petugas feri. Namun, harga makanan yang dijual sedikit mahal berbanding di kedai-kedai biasa. Bagi saya, saya memilih untuk tidur bagi mengelakkan daripada mengalami mabuk laut kerana keadaan ombak ketika itu sedikit bergelora. Semasa berada di dalam feri, anda akan diedarkan borang maklumat penumpang, Borang tersebut wajib diisi dan diserahkan kepada pegawai kastam.

Borang yang wajib diisi dan diserahkan kepada pegawai kastam apabila tiba di Indonesia


Setelah sampai di Terminal Feri Tanjung Pinang, anda perlu melepasi pemeriksaan keselamatan. Terdapat beberapa tempat di Indonesia menggunakan anjing sebagai 'alat pemeriksaan' dan Terminal Feri Tanjung Pinang adalah salah satu daripadanya. Petugas keselamatan akan membawa anjing dan mencium beg-beg pakaian yang dibawa oleh pengunjung. Selain Terminal Feri Tanjung Pinang, Bandar Udara Adi Sucipto (Yogyakarta) juga menggunakan kaedah yang sama. Selepas melepasi pemeriksaan keselamatan, anda perlu ke kaunter pegawai imigresen. Pegawai imigresesn akan bertanya kepada anda tujuan berkunjung ke Tanjung Pinang, menetap di mana dan berapa lama berada di Indonesia.

Larkin Sentral-JB Sentral= 7.45 pagi

JB Sentral-Terminal Feri Stulang Laut=8.00 pagi-8.10 pagi

Terminal Feri Stulang Laut-Terminal Feri Tanjung Pinang= 9.30 pagi-12.30 tengah hari
*Tips penting jika berkunjung ke Tanjung Pinang.
-Perlu tahu lokasi yang ingin dituju. Tanjung Pinang merupakan sebuah kawasan yang besar. Perincikan sedikit lokasi di Tanjung Pinang. Contohnya, Batu 5, Kawal, Kijang, Jalan Suka Berenang, atau Pulau Penyengat. Anda juga boleh menjadikan nama hotel yang akan anda tinggal sebagai lokasi sepanjang berada di Tanjung Pinang.

Disebabkan kesuntukan masa, ini tips yang dapat saya kongsikan buat masa ini. In sha Allah, saya akan kongsikan lagi pelbagai tips, cerita dan lokasi-lokasi menarik sepanjang berkunjung ke Tanjung Pinang.

*bersambung




Comments

  1. Terima kasih diatas perkongsian yg sangat bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  2. Sgt bermanfaat Perkongsian ni, Memang terbaiklah 👍👌

    ReplyDelete
  3. Saya nak pergi ke Natuna menaiki feri. Maksudnya saya perlu ke Tanjung Pinang terlebih dahulu kan? Sebab tiada Perkhidmatan feri langsung daripada Johor ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sudah kah anda ke Natuna? Saya sdg merancang utk ke Natuna. Sekiranya tuan sdh ke sana, besar hati kiranya tuan dapat kongsikan cara2 ke Natuna dri Tanjung Pinang. Sila hubungi saya di email sy: pokamid@gmail.com. terima kasih

      Delete
  4. Saya nak hantar barang ke tanjung pinang boleh ke

    ReplyDelete
  5. Tuan ada no telefon kawan yang berada di Tanjung Pinang yang Saya boleh hubungi. Kalau ada kongsi dengan Saya di Rushdan.Sahat@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Tuan ada nombor telefon kawan yang berada di Kota Tanjung Pinang yang boleh Saya hubungi

    ReplyDelete
  7. Tuan ada nombor telefon kawan yang berada di Kota Tanjung Pinang yang boleh Saya hubungi

    ReplyDelete

Post a Comment