IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MEDIA DENGAN KEPUJIAN



Apa itu ijazah sarjana muda Teknologi Media dengan kepujian? Ijazah sarjana muda Teknologi Media ini merupakan salah satu daripada 40 kos pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM). Kos pengajian ini lebih dikenali di Universiti Awam (UA) yang lain dengan nama Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa. Kos ini yang  bernaung di bawah School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) menawarkan sebanyak 3 bidang pengkhususan (majoring) iaitu periklanan, penyiaran dan kewartawanan. Selain Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media, terdapat 3 lagi kos pengajian yang bernaung dibawah SMMTC iaitu Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Ijazah Sarjana Muda Industri Kreatif dan Ijazah Sarjana Muda Multimedia. Selain UUM, beberapa UA juga turut menawarkan kos pengajian yang sama seperti Universiti Teknlogi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Berbeza dengan UiTM yang mempunyai kira-kira 1,000 orang pelajar yang dipecahkan kepada 7 majoring yang lain, UUM hanya mempunyai kira-kira 150 orang pelajar dan mempunyai 3 majoring sahaja. Di UUM, pelajar perlu mengharungi tempoh pembelajaran selama 6 semester dan 1 semester lagi pelajar akan terlibat dengan latihan industri. Antara subjek yang akan dipelajari sepanjang tempoh pembelajaran adalah seperti subjek pengantar teknologi media, asas penyiaran, asas kewartawanan, asas periklanan dan juga media visual. Selain itu, setiap pelajar juga wajib mengambil subjek bahasa asing yang terdiri daripada 3 tahap. Namun, pelajar bebas memilih subjek bahasa asing yang digemari dan diminati. Antaranya ialah bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Thailand, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis dan bahasa Jerman.

Selepas berjaya mmengharungi semester pertama dan kedua, setiap pelajar akan memilih bidang pengkhususan masing-masing. Mereka boleh memilih samaada mahu mengambil majoring penyiaran, periklanan atau kewartawanan. Pelajar juga dinasihatkan oleh pensyarah supaya memilih majoring mengikut minat dan kemampuan bukannya mengikut rakan-rakan yang lain. Setiap majoring pastinya menjanjikan keseronokan yang tersendiri. Setiap bidang pengkhususan juga dibarisi oleh pensyarah-pensyarah yang hebat, berpengalaman dan berkrebiliti tinggi. Antaranya ialah Encik Azahar Kassim, Encik Mod Madon, Dato’ Mior Kamarul, Cik Zuridah, Puan Zauridah, Dr. Sabrina, Dr. Awan dan juga Dr. Norizah selaku penyelaras program Teknologi Media. Mereka ini semua adalah ‘tulang belakang’ kepada kejayaan dan peningkatan prestasi para pelajar Teknologi Media. Selain itu, kos pengajian ini diperkuatkan lagi dengan Persatuan Teknologi Media (PERMEDIA) yang berperanan sebagai medium untuk  para pelajar Teknologi Media menyampaikan buah fikiran, idea-idea baru disamping mengadakan program-program diluar bilik kuliah.

Jika pelajar memilih majoring penyiaran, mereka akan lebih tertumpu kepada kerja-kerja disebalik tabir. Pelajar akan belajar tentang teknik-teknik penggunaan kamera, penulisan skrip, penghasilan ‘story board’ atau papan cerita, menulis skrip drama dan pelbagai lagi. Pelajar juga dikehendaki menghasilkan tugasan diluar bilik kuliah dan tidak terhad kepada teori sahaja. Sebelum ini (semasa semester 3), pensyarah memberi 4 jenis tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Antaranya ialah menulis skrip drama, menghasilkan ‘story board’ GST, menghasilkan berita berdurasi 5 minit dan juga menghasilkan skrip dokumentari bertemakan makanan Malaysia.

Pelajar yang memilih majoring kewartawanan pula akan didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia kewartawanan. Pelajar akan diajar cara untuk mendapatkan sesuatu maklumat, menulis dan kemudiannya mendedahkan berita tersebut kepada umum. Pelajar yang mengambil bidang pengkhususan ini perlu mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental kerana dunia kewartawanan mempunyai cabaran yang tersendiri. Saya ingin mengambil satu contoh bagaimana pelajar-pelajar bidang kewartawanan ‘bekerja’ semata-mata untuk menghasilkan sesuatu berita. Suatu kumpulan pelajar telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat mengenai sebuah kedai yang menjual kuih muih. Kedai tersebut dijadikan ‘tumpuan’ hasil rungutan orang ramai yang menyatakan bahawa kedai tersebut kotor dan dipenuhi lalat. Oleh itu, kumpulan pelajar yang telah ditugaskan akan pergi ke kedai tersebut dan menyamar sebagai pelanggan yang mahu membeli kuih muih. Sambil membeli kuih yang ada di kedai tersebut, beberapa rakan yang lain akan bertindak sebagai ‘jurugambar tersembunyi’ dalam usaha untuk mendapatkan bukti yang kukuh. Namun, tugasan ini pastinya mempunyai risiko yang tersendiri dan ia perlu dilakukan dengan lebih terperinci dan profesional.

Majoring yang ketiga pula ialah majoring periklanan. Majoring ini tidak kurang juga hebatnya. Pelajar-pelajar perlu mempelajari beberapa teknik pemasaran, teknik membuat iklan dan sebagainya. Contohnya, pelajar diberikan tugas oleh pensyarah untuk menjual suatu produk dan produk itu perlu dipasarkan kepada umum. Oleh itu, pelajar sepakat memilih untuk menjual tudung dan seterusnya menamakannya sebagai ‘AG SHAWL’. Pelajar yang mengambil majoring ini cuma sekitar 10 orang iaitu tidak ramai jika dibandingkan dengan majoring penyiaran yang mempunyai jumlah pelajar seramai 31 orang.

Pelajar Teknologi Media menjalankan program motivasi di SMK Paya Kemunting, Jitra, Kedah

Salah satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah iaitu menghasilkan dan menjual produk sendiri


Program induksi pelajar baru bersama para pensyarah

Antara tugasan luar  bagi majoring penyiaran

Bersama Encik Fakri, wartawan Sinar Harian edisi Utara

Pelajar akan didedahkan dengan teknik pengguanaan kamera



Sekian untuk perkongsian kali ini. Terima kasih.


Comments

  1. tumpang tnya, dalam 1 major student di UUM memang x lebih dr 30 org ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang saya tahu, tidak ada kuota yang ditetapkan oleh pihak universiti. Pelajar pula bebas memilih major apa yang mereka nak.

      Delete
  2. Salam. Pembelajaran dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, tumpang tanya, kan kos ni belajar 3 thn stgh kan, kiranya sem 6 tu merupakan sem yg terakhir, lepas habis sem 6 tu boleh x sambong master terus? Ka kena tggu bagi habis semua dulu?

    ReplyDelete

Post a Comment