DOKTOR UMUM: MEMOIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD(ULASAN BUKU)

Buat julung kalinya, saya ingin mengulas sebuah buku yang bertajuk 'DOKTOR UMUM: MEMOIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD'. Walaupun tidak ada pengalaman hendak mengulas buku, namun saya mencuba sekadar yang termampu je...dengan ketebalan buku sebanyak 980 muka surat pasti jenuh untuk membacanya kan..tetapi, buku ni menjanjikan sebuah kelainan...kelainan yang amat sangat...tak bosan pon baca buku ni..isi yang terdapat dalam buku ni amat berguna dan penyampaiannya sungguh berkesan. Bagi sesiapa yang masih belum mengetahui apakah yang terdapat di dalam buku ni, saya akan berkongsi dengan anda semua...

Difahamkan, buku ini sebenarnya ditulis oleh Tun Dr Mahathir dalam bahasa inggeris yang bertajuk ' DOCTOR IN THE HOUSE' tetapi diterjemah dan dicetak ke dalam bahasa melayu...ianya menceritakan mengenai siapa sebenarnya Tun Dr Mahathir, dari mana beliau datang, latar belakang pendidikan, jatuh bangun dalam dunia politik dan sebagainya. 

Beliau tidak pernah terfikir untuk berada di tampuk pentadbiran tertinggi negara, iaitu sebagai seorang 'Perdana Meneteri Malayisa'.Dek kerana kelantangan beliau dalam mengkritik sesuatu isu, beliau pernah disingkirkan daripada UMNO ketika zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Semuanya bermula apabila surat menyurat antara beliau dan Tunku tersebar ke seluruh negara.Beliau disingkirkan pada tahun 1969, iaitu selepas tragedi 13 Mei 1969.Selang 3 tahun iaitu pada tahun 1972, beliau kembali semula ke pangkuan UMNO, iaitu ketika zaman pemerintahan Tun Razak. Selepas itu, Tun Hussien Onn mengambil alih jawatan daripada Tun Razak seterusnya Tun Mahathir pula yang mengambil tampuk pentadbiran tertinggi negara bermula pada tahun 1981 sehingga tahun 2003.

Terlalu banyak konflik yang diceritakan di dalam buku ini. Antaranya ialah penceritaan mengenai bangsa melayu, buku yang dihalang masuk ke dalam Malaysia iaitu ' Dilema Melayu', cetusan idea DEB yang gagal, UMNO 'baru' dan UMNO 'lama', semangat 46, syarikat kereta PROTON, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS),tertubuhnya parti perikatan dan Barisan Nasional, keluarnya PAS daripada Barisan Nasional dan sebagainya.

Saya menyeru kepada sesiapa yang masih belum membaca buku ini supaya mendapatkannya kerana buku ini mengandungi seribu satu penceritaan yang sangat bermanfaat. Selain itu, buku ini seolah-olah mampu menjawab segala persoalan yang timbul mengenai sejarah-sejarah pentadbiran negara pada masa lalu.

Sekian, terima kasih.. segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk adalah datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Comments