BARA YANG MENYALA (ULASAN BUKU 2)



Saya ingin membuat sedikit ulasan mengenai ”BARA YANG MENYALA” kerana saya begitu tertarik dengan ‘nilai’ yang ada dalam buku ini. Watak-watak yang ditonjolkan seperti hidup. Kerana begitu tertarik dengan buku ini, saya mengambil masa kurang daripada 24 jam untuk menghabiskan keseluruhan cerita dalam buku ini yang setebal 344 muka surat.

Penceritaan buku ini penuh dengan dendam kesumat yang tiada titik noktahnya. Watak-watak penting seperti Datuk Hin Huat Ba, Bee Fat, Lan Liew, Christi dan Nilam mmempunyai kisah hitam yang tersendiri. Datuk Hin Huat Ba, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani oleh masyarakat. Namun, kekayaannya tidak mampu memberikan kebahagiaan dalam hidupnya. Lan Liew, seorang peguam terkemuka yang menempuhi pelbagai kejayaan dalam bidang perundangan. Namun, kebijaksanaan dan kejayaannya menjadikan Lan Liew seorang pendendam, penghasut , ‘duri dalam daging’ dalam kehidupan Datuk Hin Huat Ba. Bee Fat, watak penting yang berjaya menghidupkan cerita ini. Bee Fat adalah suami kepada Go Si Lin, yang juga merupakan menantu kepada Datuk Hin Huat Ba. Perkahwinan antara Bee Fat dan Go Si Lin tidak mendapat restu Datuk Hin Huat Ba. Kemelut memuncak setelah Go Si Lin meniggal akibat kemalangan yang diatur dan dirancang oleh peguam Lan Liew.

Bee Fat bersetuju bahawa beberapa organ isterinya didermakan kepada golongan yang memerlukan, walaupun keputusan itu mendapat tentangan yang dahsyat daripada Datuk Hin Huat Ba. Menerusi pemindahan organ itu, mata Go Si Lin telah didermakan kepada seorang gadis muda bernama Nilam. Nilam berasal daripada sebuah keluarga miskin dan hanya tinggal bersama abang kandungnya, Ba Man. Semenjak lahir, Nilam tidak mampu melihat dan hidup sebatang kara bersama abangnya kerana ibunya telah meninggal semenjak kecil. Ayahnya pula menghilangkan diri semenjak Nilam berada dalam kandungan.

Konflik semakin memuncak apabila peguam Lan Liew mengetahui bahawa Nilam dan Ba Man merupakan anak kandung Datuk Hin Huat Ba. Peguam Lan Liew bertekad untuk merebut segala kekayaan yang dimiliki oleh Datuk Hin Huat Ba dengan cara menghawini Nilam dan menghasut Ba Ma supaya menjatuhkan ayahnya. Peguam Lan Liew merancang untuk menjatuhkan Datuk Hin Huat Ba kerana mahu melunaskan segala dendam kesumat terhadap ahli perniagaan tersebut.
Datuk Hin Huat Ba terperangkap dalam rancangan jahat yang diatur bersama peguam Lan Liew dan Ba Man. Datuk Hin Huat Ba bertindak dengan menghalau Nilam daripada keluarganya kerana Nilam telah termakan dengan janji manis peguam Lan Liew dan bersetuju untuk mengahwininya. Akhirnya, ahli perniagaan tersebut menajdikan Ba Man sebagai pengarah syarikat bagi menggantikan tempatnya kerana beliau terlalu uzur untuk menguruskan syarikatnya.

Akhirnya, peguam Lan Liew ‘lemas’ dalam rancangan jahatnya. Dendam kesumat yang mahu dilunaskan akhirnya memakan diri sendiri. Peguam Lan Liew didapati bersalah atas tuduhan ingin menjatuhkan dan membunuh Datuk Hin Huat Ba. Akhirnya, peguam Lan Liew menyesal dengan perbuatannya dan merayu supaya tidak dimasukkan ke dalam penjara. Peguam Lan Liew dimaafkan dengan syarat beliau menutup semua operasi syarikat guamannya dan berpindah keluar dari Malaysia. Peguam Lan Liew akur dengan keputusan tersbut dan berjanji untuk tidak lagi mengganggu kehidupan dan kebahagiaan keluarga Datuk Hin Huat Ba.

Sekian, terima Kasih..

#orang yang kuat semangat sahaja dibenarkan membaca buku ini.

Comments