'Jangan Sampai Melayu Merintih di Bumi Sendiri'


Melayu Kian Tersepit.

Pertama sekali, ucapan syukur kepada Allah S.W.T kerana Malaysia masih lagi aman, damai dan tenteram. Beberapa tahun kebelakangan ini negara diuji dengan pelbagai peristiwa yang tidak mampu dilupakan oleh segenap lapisan masyarakat. Bermula dengan tragedi Lahad Datu pada tahun 2013 (http://www.sinarharian.com.my/rencana/pencerobohan-lahad-datu-catat-sejarah-hitam-negara-1.231174) diikuti pula dengan tragedi kehilangan pesawat MAS MH 370 pada 8 Mac 2014 (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/info-terkini/17047-kronologi-kehilangan-pesawat-malaysia-airlines-mas-mh370.html)  . Tidak cukup dengan itu, Malaysia diuji dengan satu lagi tragedi penerbangan pesawat MAS MH 17 yang mengorbankan keseluruhan penumpang di dalam pesawat tersebut. Difahamkan, tiada seorang pun yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Ujian demi ujian yang berlaku ini memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi dan politik negara. Nampaknya, percaturan dalam diam yang dimainkan oleh anasir-anasir luar telah berjaya merobek kesepaduan dan keharmonian negara. Mengikut kajian demi kajian yang dijalankan, tidak dinafikan bahawa ketiga-tiga tragedi yang dinyatakan diatas telah diatur dan dirancang secara terperinci oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Serangan Lahad Datu telah dilancarkan oleh Jamalul Kiram, dengan memomokkan bahawasanya negeri Sabah adalah sebahagian daripada kawasan kesultanan Sulu. Misteri kehilangan MH 370 pula dikaitkan dengan beberapa teori konspirasi. Ada yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat menjadi dalang utama dalam kejadian tersebut. Walaupun Perdana Menteri menyatakan bahawasanya pesawat tersebut terhempas di Lautan Hindi, namun kenyatannya tidak cukup menyakinkan. Pesawat MH 17 pula telah ditembak jatuh oleh tentera Rusia. Ketiga-tiga tragedi ini telah mengakibatkan kerajaan membelanjakan wang dalam jumlah yang sangat banyak. Secara tidak langsung, kejadian ini juga telah mengheret Malaysia ke arah krisis yang lebih parah.

Seiring dengan krisis dalam isu keselamatan negara, ekonomi dan politik juga menerima tempiasnya. Ekonomi Malaysia pada tahun 2015 menguncup disebabkan beberapa faktor seperti kejatuhan harga minyak dan isu skandal One Malaysia Development Berhad (1MDB). Ekonomi yang bergerak lembap dan menguncup menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat. Ditambah lagi dengan pengenalan Good Services Tax (GST), kehidupan dilihat semakin menekan. Hampir semua yang ada di dalam negara ini dikenakan GST. Sesetengah barang keperluan  asas sahaja yang dikecualikan daripada GST. Untuk setahun yang akan datang, jika tanpa ada jalan penyelasaian, ekonomi Malaysia akan terus melalui ranjau yang berliku. Difahamkan, kejatuhan ekonomi negara adalah disebabkan oleh kejatuhan harga minyak dunia. Adakah apabila harga minyak dunia kembali pulih, ekonomi negara akan beransur pulih? Sama-sama kita nantikan.

Dalam beberapa tahun ini, politik negara juga dilanda beberapa krisis yang semestinya diingati oleh semua. Bermula dengan kegagalan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO gagal mengekalkan penguasaan majoriti 2/3 pada pilihan raya ke-12 pada tahun 2008. Kesan daripada kegagalan tersebut, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menyandang tugas sebagai Perdana Menteri dengan secara hormatnya telah meletakkan jawatan dan menyerahkan tugasnya kepada Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tun Abdullah yang memimpin negara bermula pada tahun 2003-2009 telah menerima tekanan dari setiap sudut. Tun Mahathir juga menekan beliau dan membuat serangan secara terbuka di media massa. Kebanyakan media ketika itu juga tidak banyak memihak kepada Tun Abdullah. Kegagalan Tun Abdullah menangani pelbagai krisis dalam kepimpinan telah menyaksikan Barisan Nasional hampir-hampir kecundang. UMNO yang diketahui umum sebagai sebuah parti politik Melayu tertua yang membela nasib dan ketuanan Melayu, telah hilang taringnya. Kerapuhan dalam kepimpinan dan ‘cantas-mencantas’ telah mengakibatkan UMNO kehilangan banyak kerusi dalam dewan parlimen. Gabungan 3 buah parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS telah membawa dimensi baru dalam politik negara.

Menjelang pilihan raya ke-13, BN terus gagal mendapatkan undi majoriti 2/3. Kegagalan tersebut juga mencerminkan bahawa ‘taring’ orang melayu semakin hilang. Tun Mahathir yang mula melihat Najib Razak sebagai seorang ‘failer’ atau gagal, telah mengasaknya supaya melepaskan jawatan. Tun M menggunakan strategi yang sama ketika beliau ‘menguburkan’ Tun Abdullah dalam arena politik negara. Namun, sehingga ke hari ini, Najib Razak masih lagi kukuh mencengkam politik negara. Krisis yang berlaku antara Tun M dan Najib Razak yang juga merupakan tokoh pilitik Melayu berpengaruh telah menunjukkan kepada umum bahawasanya Melayu itu tidak bersatu. Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pentadbiran negara yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga merupakan Timbalan Presiden UMNO telah menghambat orang Melayu ke arah pergeseran. Tidak cukup dengan itu, muncul pula satu lagi parti politik orang Melayu iaitu Parti Amanah Negara (PAN). Parti ini muncul kesan daripada pergeseran dalaman antara PAS-PKR-DAP. Kemunculan PAN menyebabkan Melayu semakin berpecah kepada kumpulan yang kecil. Parti UMNO, PAS, PERKASA, PKR dan PAN mewakili suara-suara orang Melayu. Kaum Cina pula diwakili oleh GERAKAN, MCA dan DAP. Namun, semenjak PRU-13, GERAKAN dan MCA hampir-hampir terkubur dan DAP menjadi wira bagi masyarakat Cina. Kaum India pula boleh memilih samaada mahu menyokong DAP, MIC atau PKR.

Masyarakat Melayu ketika ini dilihat sedang dihimpit dan ditekan daripada setiap sudut. UMNO ketika ini bukan lagi dilihat sebagai parti yang mampu menjamin ketuanan bangsa Melayu. Perjuangan UMNO dahulu dan kini melalui liku yang berbeza. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 (https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatu) dengan matmalat asalnya adalah untuk menentang penubuhan Malayan Union. Setelah UMNO ditubuhkan, nampaknya parti tersebut berjaya dalam perjuangannya, iaitu berjuang untuk membubarkan pentadbiran British. Namun, seiring dengan peredaran zaman, perjuangan parti tersebut telah berbeza. UMNO untuk tahun 2016 dan beberapa tahun yang akan datang perlu berjuang untuk terus mengekalkan keyakinan dan sokongan orang Melayu, disamping terus membela nasib bangsanya. Bangsa Melayu masih ramai lagi yang keciciran dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. Walaupun ramai anak bangsa Melayu berjaya ditempatkan di Universiti Awam, namun masih ramai yang tidak mempunyai pekerjaan selepas menamatkan pelajaran.

Keputusan pilihan raya umum pada tahun 2008 dan 2013 telah menyaksikan betapa rapuhnya kesepaduan dalam kalangan bangsa Melayu. Tahun 2018 pula bakal menjadi kayu pengukur sejauh manakah kesepaduan yang terjalin dalam kalangan orang. Adakah Melayu kembali kukuh? Atau hilang dibawa arus? Atau melihat bangsa lain yang mencengkam politik negara dan Melayu sekadar pengikut? Sama-sama kita nantikan..

 ‘Jangan sampai Melayu merintih di bumi sendiri’

Syahmi Minhad



Comments

  1. Jangan Sampai Melayu Merintih Di Bumj Sendiri.....Nukilan Syahmi Munhad.....Namun Data N Perbuktian Masih DiPerlukan.....
    1.Orang Melayu Ada Akta Dalam Perlembangan
    2.Orang Melayu Ada Koata Untuk University
    3.Orang Melayu Ada Koata Untuk Pekerjaan Sektor Kerajaan
    4.Pembuktiaan MDB Masih Diteruskan
    5.Ekonomi Bukan Menjamin Negara
    6.Politik Lah Sebenarnya Menjamin Negara
    7.Ingat Kta Kata Aristotle Politic is the master of science
    8.Ingat Kata Max Wabber seorang Pelopor Dalam Bidang Pengurusan
    9.Ingat kata kata bapak kepada Communist kerl marx
    10.Ingat Kata Kata Tun Dor Mahathir

    ReplyDelete
  2. Jangan Sampai Melayu Merintih Di Bumj Sendiri.....Nukilan Syahmi Munhad.....Namun Data N Perbuktian Masih DiPerlukan.....
    1.Orang Melayu Ada Akta Dalam Perlembangan
    2.Orang Melayu Ada Koata Untuk University
    3.Orang Melayu Ada Koata Untuk Pekerjaan Sektor Kerajaan
    4.Pembuktiaan MDB Masih Diteruskan
    5.Ekonomi Bukan Menjamin Negara
    6.Politik Lah Sebenarnya Menjamin Negara
    7.Ingat Kta Kata Aristotle Politic is the master of science
    8.Ingat Kata Max Wabber seorang Pelopor Dalam Bidang Pengurusan
    9.Ingat kata kata bapak kepada Communist kerl marx
    10.Ingat Kata Kata Tun Dor Mahathir

    ReplyDelete

Post a Comment