Meneroka bandar Yogyakarta, Indonesia

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi pinjaman-Nya. Baiklah, kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai sebuah kawasan yang mempunyai titipan sejarah yang sangat banyak, iaitu bandar Yogyakarta, Indonesia. Sebelum itu, saya ingin memperbetulkan dahulu bahawa kedatangan ke Yogyakarta ini adalah bukan untuk bersuka ria, berjimba atau 'makan angin' (peribahasa Melayu) namun lebih kepada penerokaan ilmu dan budaya yang tidak terdapat di Malaysia. Mendapat tawaran program pertukaran pelajar antara Universiti Utara Malaysia dengan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta menjadi 'batu loncatan' untuk 'membedah' kehidupan sebenar dan pembawaan budaya di negara ini. Umum mengetahui, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar dunia dan negara ini terdiri daripada beberapa kepulauan utama. Antaranya ialah Sumatera, Kalimantan, Papua dan Kepulauan Jawa. 


Warna merah menandakan negara Indonesia

Warna merah menandakan kawasan Yogyakarta

Ramai rakyat Malaysia bahkan seluruh masyarakat dunia amnya masih tidak mengetahui sejarah di sebalik negara Indonesia. Bendera negara Indonesia iaitu bendera pusaka Merah Putih telah dijahit oleh ibu Fatmawati, isteri kepada Soekarno. Reka bentuk dan ciptaan warna ini diambil ilham daripada bendera Majapahit. Sehingga kini, bendera ini menjadi kebanggaan setiap warga Indonesia di seluruh pelosok dunia.

Ibu Fatmawati

Setelah bercerita mengenai bendera negara Indonesia, saya ingin bercerita pula mengenai sejarah pembentukan negara ini. Setiap gambar yang dipaparkan ini ada cerita disebaliknya.

Penceritaan mengenai perebutan mesin percetakan akhbar
Menerusi penceritaan sejarah yang terdapat di muzium ini, rakyat Indonesia menuntut untuk dikembalikan hak percetakan akhbarnya. Semasa penjajahan Belanda ke atas Indonesia, Belanda telah merampas semua mesin percetakan akhbar. Ini dilakukan kerana pihak penjajah mahu menyekat penyebaran agenda dan maklumat kepada rakyat. Namun, setelah Indonesia mencapai kemerdekaan, pihak Belanda dipaksa berundur. Di samping itu, rakyat Indonesia telah bersatu hati menghalau keluar Belanda dari negaranya dan mendesak supaya hak percetakan akhbar diberi semula kepada mereka.


Wang yang digunakan semasa penjajahan Jepun
Indonesia juga pernah dijajah oleh tentera Jepun. Semasa zaman pemerintahan tentera Jepun, Indonesia dipaksa mengguna pakai matawang Jepun. Wang yang diperkenalkan ini mempunyai lambang pokok pisang dan mengikut kefahaman sejarah, Tanah Melayu semasa zaman pemerintahan Jepun turut mengguna pakai matawang ini.

Baju tentera yang digunakan semasa zaman peperangan


Lambang kemegahan negara Indonesia


Gambaran tentera Indonesia yang berjuang untuk membebaskan negaranya daripada cengkaman penjajah


Penulis bergambar bersama patung tentera rakyat Indonesia


Gambaran sejarah semasa zaman penjajahan komunis
Mengikut kefahaman sejarah, negara Indonesia juga pernah dikuasai oleh tentera komunis. Bertitik tolak daripada kejadian tersebut, predisen Soekarno telah melancarkan propaganda untuk memerangi komunis. Jika seseorang itu didapati sebagai tentera komunis, dia akan terus dibunuh. Pemburuan juga berlaku keatas orang-orang cina yang menetap di Indonesia. Jika diketahui seseorang itu mempunyai nama cina, dia juga akan dicop sebagai komunis. Pemburuan secara besar-besaran telah menyebabkan orang-orang cina menukar namanya kepada nama orang Indonesia. Kesannya, orang cina mempunyai nama yang lain dan dalam masa yang sama perlu bercakap dalam bahasa Indonesia. Selain itu, kerajaan Indonesia hanya membuka sekolah beraliran Indonesia sahaja dan tidak memberi ruang langsung kepada bangsa yang lain. Bagi mereka, tanah Indonesia adalah untuk orang Indonesia sahaja. Kesannya sehingga ke hari ini, semua rakyat Indonesia hanya menggunakan bahasa ibundanya dan hanya menggunakan satu bangsa sahaja iaitu 'Bangsa Indonesia'.




Antara pakaian tentera semasa zaman peperangan


Tulisan dalam bahasa Jawa yang terdapat di muzium ini


Tugu peringatan bagi memperingati serangan terhadap Indonesia
Setelah habis menjelajah Muzium Vredeburg Yogyakarta, penulis melewati jalan raya di bandar Yogyakarta untuk meneruskan misi 'membedah' sejarah negara Indonesia. Sambil melewati laluan pejalan kaki, pemandangan dihiasi dengan bangunan-bangunan sejarah yang mempunyai nilai tersendiri.
Keadaan di sekitar bandar Yogyakarta


Bangunan Bank Negara Indonesia (BNI)


Kereta kuda turut terdapat di bandar Yogyakarta


Keadaan sekitar jalan raya di bandar Yogyakarta
 Setelah berjalan kaki kira-kira 10 minit dari muzium Vredeburg, penulis akhirnya sampai di Kraton Yogyakarta Indonesia. Kraton ini merupakan tempat raja Yogyakarta bersemayam sambil dibantu oleh abdi dalem yang bertindak sebagai pembantu raja. Mengikut kefahaman, abdi dalem ini bukanlah calang-calang orangnya. Mereka ini terdiri daripada golongan bangsawan, pendidik, pensyarah universiti dan ada juga yang telah mempunyai master serta PHD. Gaji (dalam bahasa melayu dipanggil elaun) mereka juga amat sedikit iaitu sekitar 10,000-40,000 rupiah sahaja.
Lokasi perjumpaan jika raja menerima kunjungan hormat daripada pihak luar


Kawasan yang dijadikan ruangan khas jika menerima kunjungan hormat daripada pihak luar


Corak yang cantiik dan menarik




Meja tulis Sri Sultan Hamengkubuwono


Reka bentuk yang terdapat di Kraton Yogyakarta


Reka bentuk yang unik dan menarik


Perjanjian persetujuan penyertaan Yogyakarta sebagai salah sebuah negara Indonesia




Koleksi baju yang terdapat di Kraton Yogyakarta


Tarian tradisional yang dipersembahkan oleh kaum kerabat raja Yogyakarta


Antara barangan antik yang ada di sini


Di bahagian kiri merupakan raja Yogyakarta ketika ini dan bahagian kanan pula permaisurinya


Raja Yogyakarta yang sedang memerintah ketika ini


Ruang istirehat di sekitar Kraton


Ruang istirehat di sekitar Kraton


Persembahan tradisional di Kraton


Orang ramai sedang menyaksikan persembahan tradisional


Ramai pelancong asing turut menyaksikan persembahan tradisional
Itu sahaja untuk coretan untuk kali ini. In sha Allah, jika ada kesempatan, saya akan menceritakan lebih banyak lagi mengenai negara Indonesia. Gambar-gambar yang diambil ini adalah asli tanpa meciplak mana-mana sumber dan segala kisah sejarah yang diceritakan adalah diambil dari Muzium Vredeburg dan Kraton Yogyakarta Indonesia. Terima kasih juga sahabat-sahabat di Indonesia yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai sejarah negara Indonesia. Terima kasih juga kepada mas Reza Rezeki yang banyak membantu dalam usaha 'membedah' sejarah negara ini.

Ikuti kisah-kisah yang lebih menarik pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.



Comments