Natuna
merupakan sebuah pulau yang terdapat di Kepulauan Riau, Indonesia. Mengikut
sejarah, pulau ini dahulunya merupakan kawasan yang diperintah oleh kerajaan
Pattani dan Johor. Ketika ini, Natuna dihuni oleh penduduk berketurunan Melayu
(85%), Jawa (6.34%), Cina (2.52%) dan lain-lain (6.14%). Kedudukannya yang
strategik dan kaya dengan bahan mentah seperti gas serta minyak telah menjadi
tumpuan banyak pihak. Sebelum Natuna berada di bawah pemerintahan kerajaan
Indonesia, pulau ini telah dikuasi oleh penjajah Belanda. Mengikut perjanjian,
British menguasai Tanah Melayu, Singapura, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Manakala Belanda pula menguasai Indonesia. Pembahagian ini dilaksanakan supaya
mengelakkan pertindihan kuasa pemerintahan antara kerajaan British dan Belanda.
Belanda tertekan dengan semangat nasionalisme yang membara dalam setiap jiwa
rakyat Indonesia. Akhirnya, Belanda berundur dan Indonesia secara rasminya
mendapat kemerdekaan pada 17 Ogos 1945. Indonesia terlebih dahulu mendapat
kemerdekaan berbanding Malaysia (31 Ogos 1957). Setelah Indonesia bebas
daripada cengkaman penjajahan, satu persatu kawasan yang sebelum ini dibawah
penjajahan Belanda mula bergabung dengan negara tersebut. Penggabuan bermula
dari Acheh sehinggalah ke Papua, semuanya bergabung menjadi sebuah negara iaitu
negara Indonesia. Tidak hairanlah jika Indonesia digelar sebagai negara kepulauan
terbesar di dunia.
Natuna
tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Indonesia terutamanya yang berada di
Kepulauan Riau. Kepulauan Riau ini berhampiran dengan negara Singapura serta
Malaysia dan kawasan ini terdiri daripada Bintan, Karimun, Tanjung Pinang,
Lingga, Batam dan Natuna. Mengapa Natuna ini menjadi perhatian dunia? Natuna
ini bukan sahaja menjadi perhatian Malaysia, malah turut menjadi rebutan negara
China, Vietnam, Thailand, Filipina dan Taiwan. Ada beberapa sebab mengapa
negara-negara ini berusaha untuk mendapatkan kepulauan Natuna. Natuna merupakan
kawasan yang berada paling hampir dengan Malaysia dan sebab itulah Malaysia
menuntut supaya Natuna dimasukkan ke dalam petanya. Namun, tuntutan ini
mendapat tentangan yang sangat hebat daripada kerajaan Indonesia. Situasi ini
dihangatkan lagi dengan konfrontasi Malaysia-Indonesia yang berlaku sekitar
1962-1966 dan demi mengelakkan perbalahan yang lebih besar, akhirnya Malaysia
mengalah seterusnya mengakui bahawa Natuna adalah dibawah kekuasaan Indonesia. Jika
mengkiut logik akal dan pemikiran, Natuna seharusnya menjadi sebahagian
daripada Malaysia. Namun, Natuna harus akur bahawa mana-mana kawasan yang
berada di bawah penguasaan Belanda suatu ketika dahulu, harus bergabung dan
menjadi sebahagian daripada Indonesia.
Selain
Malaysia, Taiwan dan Thailand juga berebut untuk mendapatkan Natuna. Taiwan
yang kini dikuasai oleh parti Kuomintang menuntut Natuna sebagai sebahagian
daripada miliknya kerana negara itu juga berhampiran dengan pulau tersebut.
Thailand juga menuntut pulau tersebut kerana suatu ketika dahulu pulau itu
pernah berada di bawah pemerintahannya. Namun, tuntutan yang paling dahsyat
adalah dari negara China. China semenjak dahulu sehingga kini, masih terus
berusaha untuk mendapatkan pulau tersebut. Melalui satu kajian yang dikemukakan
oleh Victor Robert Lee, beliau mendakwa bahawa majoriti penduduk Natuna terdiri
daripada keturunan China. Penduduk berketurunan China suatu ketika dahulu
dianggarkan sekitar 5,000 orang. Beliau juga mendakwa bahawa penduduk
berketurunan China dihalau keluar dari pulau tersebut semasa Indonesia dibawah
pemerintahan Seokarno. Namun, sehingga ke hari ini, masih belum ada bukti yang
dapat menyokong pernyataan tersebut.
Natuna
tidak pernah kesepian daripada kancah perebutan kuasa dunia. Selain itu,
pemerhati politik juga ada meramalkan bahawa suatu masa nanti, akan tercetus jua
perang antara Indonesia dan China. China juga tidak pernah berhenti menguji
kuasa politik negara Indonesia. Sejak dahulu lagi, Natuna menjadi pemerhatian
negara China dan sebab itulah kapal-kapal perang negara tersebut sentiasa
mengawasi pulau tersebut dari jarak jauh. Baru-baru ini, tercetus lagi konflik
antara China dan Indonesia. Keadaan ini tercetus disebabkan oleh penangkapan
beberapa orang anak kapal dari China yang didakwa menceroboh perairan
Indonesia. Secara peribadi, konflik ini dicetuskan oleh China secara sengaja
dan Indonesia menggunakan kaedah diplomasi untuk menyelesaikannya. Mengikut
laporan yang disiarkan, bot yang menceroboh perairan Indonesia telah diiringi
kapal perang China. Setelah bot yang menceroboh perairan Indonesia ditahan,
awak-awak yang berada di dalam bot tersebut juga ditangkap. Angkatan laut
Inodensia berusaha untuk mengejar kapal perang tersebut namun tidak berjaya.
Mengapa
China dengan beraninya menceroboh perairan Indonesia? China adalah negara yang
mempunyai jumlah tentera paling ramai di dunia. Dari segi kecanggihan,
keupayaan dan kekuatan ketenteraan, China berada di tangga ke-3 selepas Amerika
Syarikat dan Rusia. Oleh itu, tidak hairanlah jika China dengan beraninya
mengganggu-gugat perairan Indonesia. Jika peperangan antara China dan Indonesia
tercetus semata-mata untuk merebut pulau Natuna, ia adalah suatu peperangan
yang sia-sia. Peperangan bukan sahaja melibatkan negara Indonesia dan China,
malah turut mengheret negara-negara ASEAN yang lain. Tidak dapat tidak,
Indonesia harus mendapatkan bantuan dari negara-negara jiran yang lain.
Malaysia semestinya menolak untuk terlibat dalam peperangan, begitu juga dengan
Singapura, Thailand dan Vietnam kerana peperangan yang tercetus suatu ketika
dahulu cukup memberi derita kepada negara-negara yang terlibat.
Indonesia
harus bersikap lebih tegas dalam mempertahankan kedaulatan perairannya. Negara
tersebut juga harus menempatkan lebih banyak anggota tentera di pulau tersebut.
Selain itu, Indonesia juga harus membina pangkalan tentera yang lebih besar dan
canggih di sekitar pulau Natuna demi menjamin keamanan dan mengelakkan lebih
banyak pencerobohan. Konflik boleh diselesaikan jika China ‘akur’ dengan undang-undang
antarabangsa yang telah menetapkan bahawa Natuna adalah sebahagian daripada
Indonesia. Natuna yang secara rasminya menyertai Indonesia pada 18 Mei 1956 dan
diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus dihormati sebagai
sebuah kawasan yang berdaulat dan merdeka.
Malaysia cukup kuat ke utk trlibat dalam mana mana peperangan berskala besar? Senjata api pun amerika yg sedekah.
ReplyDelete