Kau Harus Kuat!!

Kau harus tahu. Semakin kau maju ke depan, semakin banyak cabaran yang harus kau tempuh. Cabaran, dugaan dan tentangan akan datang silih berganti, tanpa kau pinta, tanpa kau duga. Dugaan yang datang tidak mengenal manusia, tidak mengira siapa kau sebenarnya tanpa mengira pangkat yang kau ada. Semakin kau pergi lebih jauh, semakin banyak perkara yang harus kau tinggalkan. Kau perlu bersedia untuk mengorbankan apa yang telah kau miliki. Kalau kau belum bersedia untuk menghadapi semua ini, kau teruskan dengan kehidupan yang kau lalui ketika ini. Kau miskin bukan kerana harta, tetapi kau miskin dengan keberanian.

Sematkan dalam diri bahawa jika kau mahu mengubah kehidupan kau ketika ini, kau harus bersedia dari segi fizikal dan mental, untuk menghadapi pelbagai dugaan. Fizikal kau harus kuat dan sentiasa bersiap siaga menahan penat. Mental kau harus kuat supaya kau tidak mudah tenggelam dengan emosi ketika kau menghadapi kegagalan. Dugaan yang datang silih berganti akan membuat kau rebah dan lelah. Namun, jika kau rebah, kau harus bangkit semula. Jika kau lelah, jangan pernah mudah menyerah. 

Kau harus kuat, bukan hanya untuk diri sendiri bahkan untuk orang di sekeliling kau. Semoga kau kuat, insan yang bernama manusia!!..

Gambar hanya hiasan semata-mata.

Comments