Kemurahan Hati Imam Husain

Imam Ja’far al-Shadiq berkata: “tersebutlah seorang wanita yang tengah melakukan tawaf, sementara di belakangnya terdapat seorang lelaki mengikutnya. Wanita itu mengangkat tangannya. Tiba-tiba lelaki itu melekatkan tangannya ke tangan wanita itu, dan Allah menjadikan tangan lelaki itu melekat kuat pada lengan si wanita. Orang ramai pun berkumpul sehingga menghalang jalan orang ramai yang melakukan tawaf. Lantas, orang ramai mengutus seseorang untuk menemui gabenor Makkah.
Gabenor Makkah segera memanggil para ulama, namun mereka bingung untuk menentukan hukuman yang harus dijatuhkan ke atas lelaki itu.
Amir Makkah berkata:”Adakah diantara kamu yang merupakan keluarga Rasulullah s.a.w”.
Mereka menjawab: “ya, Husain bin  Ali ada di sini (di Makkah)”. Kemudian, gabenor Makkah itu mengutus orangnya untuk memanggil Imam Husain dan bertanyakan hukuman yang patut dijatuhkan ke atas lelaki itu.
Pertama sekali, Imam Husain menghadap ke Kaabah, lalu mengangkat kedua belah tangan beliau dan untuk beberapa saat beliau berdoa. Kemudian, beliau menghampiri lelaki itu dan dengan kekuatan Ilahiyahnya, beliau memisahkan tangan lelaki itu dari lengan si wanita.
Gabenor Makkah bertanya: “Apakah saya perlu menghukum lelaki penjahat itu?””Tidak perlu,” jawab Imam Husain.
Penulis buku mengatakan bahawa itu merupakan kemurahan hati Imam Husain terhadap lelaki penjahat itu. Namun, si penjahat itu membalas kebajikan Imam Husain dengan memotong tangan beliau, pada malam 11 Muharam (61 Hijrah saat pembantaian besar-besaran ke atas keluarga Nabi s.a.w) hanya untuk merampas tali pinggang beliau.

Kisah ini dirujuk melalui penceritaan di dalam buku ’50 Kisah-kisah Terpilih’ susunan Abdul Wafi dan Muhammad Najib.

Comments