AKU SEORANG WARTAWAN

Kini aku berusia 27 tahun dan merupakan seorang wartawan yang bekerja di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Tugasku adalah mencari dan mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai isu-isu semasa negara. Aku bertugas tidak mengikut waktu pejabat kerana ada kalanya aku perlu bekerja selama 24 jam. Selain menjadi wartawan, aku juga bergiat aktif dalam persatuan sukarelawan dan khidmat masyarakat. Dengan mempunyai penagalaman dalam bidang sukarelawan semenjak berada di universiti, aku telah dilantik sebagai pengerusi bagi persatuan sukarelawan yang membantu golongan gelandangan. Selain menjadi wartawan dan bergiat aktif dalam persatuan, aku juga telah menubuhkan sebuah rumah anak-anak yatim yang dapat menempatkan seramai 10 orang dalam satu-satu masa.

Comments