KERJA 6 JAM SEHARI

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mencadangkan agar tempoh pekerjaan bagi sektor awam dan swasta dihadkan 6 jam sehari. Cadangan tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif. Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) awal-awal lagi telah menyatakan bantahan terhadap cadangan tersebut dengan alasan pekerja lebih memerlukan kenaikan gaji daripada pengurangan waktu bekerja bagi mengimbangi kos sara hidup. Namun, terdapat juga pihak yang menyokong cadangan tersebut terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). KPWKM menerusi menterinya menyambut baik cadangan tersebut dengan alasan pekerjaan ketika ini banyak menggunakan teknologi dan pekerja boleh menyelesaikan pekerjaan mereka di rumah sahaja.

Comments