TERUS BERMAIN TARIK TALI

Dalang tragedi menyayat hati yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal MH 17 masih lagi menjadi tanda tanya. Menteri Luar Australia, Julie Bishop memberi jaminan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa suspek yang menembak jatuh pesawat tersebut akan dimumkan pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan seterusnya akan diheret ke tribunal antarabangsa. Penyiasat antarabangsa pada 28 September yang lalu telah mengesahkan bahawa pesawat tersebut ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia dari kampung yang dikuasi pemberontak pro-Russia di timur Ukraine. Jika dakwaan itu benar, nescaya sukar untuk mengheret suspek ke muka pengadilan. Hal ini demikian kerana Russia merupakan antara kuasa besar dunia dan menjadi seteru utama terhadap Amerika Syarikat. Russia pula menuding jari dengan menuduh bahawa Ukraine yang menembak jatuh pesawat tersebut. Ukraine pula menafikan dakwaan tersebut dan mendapatkan sokongan politik sepenuhnya dari Amerika Syarikat seterusnya mengheret kuasa-kuasa besar dunia bertelagah. Saya percaya, suspek telah dikenal pasti namun semua pihak terus bermain tarik tali.

Comments