UUM- Pokok Tiga Beradik


Kali ni nak cerita sikit mengenai tarikan yang ada di dalam Universiti Utara Malaysia atau dalam bahasa Inggeris (Northern University of Malaysia). Sebenarnya, dalam UUM memang banyak benda yang boleh diteroka oleh pelajar universiti atau orang awam. Salah satunya ialah Pokok Tiga Beradik yang terdapat berhampiran dengan rumah Naib Canselor UUM. Kawasannya agak sunyi sikit (maklumlah kawasan hutan kan). 

Kalau nak pergi cari pokok tiga beradik ni, kalau boleh jangan pergi sorang-sorang. Ajaklah kawan dalam 2 atau 3 orang sebabnya pokok ni dalam kawasan hutan, mana tau korang kena gigit dengan serangga hutan atau haiwan berbisa. Usia pokok ini dianggarkan sudah berusia ratusan tahun dan sebesar 15-20 pelukan orang dewasa. Sebenarnya pokok ni ada nama saintifiknya tapi saya tak ingat dan lupa nak ambik catatan nama pokok ni (terlalu teruja sampai lupa). Hahaha. Pokok ni dipanggil tiga beradik sebab pokok ni tumbuh sekali tiga di tempat yang sama. Ada juga tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan tersebut, namun tidak sebesar pokok tiga beradik. Difahamkan, kayu daripada pokok tersebut boleh dibuat bahan-bahan perkayuan dan pertukangan untuk membina pondok dan sebagainya.

Tak nak cerita banyak-banyak, korang boleh tengok sendiri gambar-gambar di bawah ni dan korang boleh nilaikan sendiri pokok ni besarnya macam mana.
Kalau nak tengok pokok ni lebih dekat, datang je kat UUM. Kalau dah datang kat UUM tu, korang boleh juga pergi melawat ke Tasik DPP MAS, kandang rusa, kandang burung unta, Hidden Lake (Tasik Tersembunyi) dan Hutan Sintok. UUM bukan sahaja sebagai gedung ilmu, malah turut menyimpan 'permata alam'.

Sekian, terima kasih.








Comments