Gen 2 Melawan Arus di Lebuhraya Sungai Dua. Apa Tindakan Seterusnya??..

Jika sebelum ini rakyat Malaysia digemparkan dengan kemalangan maut membabitkan remaja berbasikal di Jalan Mahmoodiah, kali ini rakyat Malaysia disajikan lagi dengan insiden yang hampir serupa, cuma lokasinya yang berbeza.

14 Mac 2017 adalah satu lagi rentetan kemalangan maut yang terjadi akibat daripada kecuaian pemandu yang memandu secara salah dan berbahaya. Saya menyentuh isu ini bukan kerana mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi perasaan geram bercampur bengang dengan sikap-sikap pengguna jalanraya di Malaysia ketika ini. Banyak hal yang boleh diperkatakan mengenai kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah kereta Proton Gen 2 dengan buah kenderaan yang lain. Menerusi artikel bertajuk 'Lelaki Maut Angkara Wanita Mabuk Pandu Lawan Arus' (14 Mac 2017) yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, jelas menunjukkan bahawa pemandu Gen 2 tersebut bersalah. Bukti telah jelas menunjukkan bahawa pemandu wanita tersebut memandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan kematian pemandu yang lain. Jika dikupas daripada beberapa perspektif yang lain, ada beberapa perkara yang menyebabkan kejadian ini terus berlaku. Beberapa alternatif perlu diambil untuk mengekang masalah ini. Antaranya:

KUATKUASA UNDANG-UNDANG YANG LEBIH KETAT
-Undang-undang di Malaysia sangat lemah..
-Penguatkuasaan undang-undang di Malaysia amat ringan..
-Undang-undang sedia ada tidak menakutkan rakyat Malaysia.
Menurut kenyataan polis, kemalangan yang berlaku di Sungai Dua itu akan dirujuk menurut Seksyen 41 Akta Pengankutan Jalan 1987 (Kemalangan yang menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau membahayakan). Persoalannya, adakah wanita tersebut yang menyebabkan kemalangan akan menerima hukuman yang setimpal atas perbuatan yang telah dilakukannya? Wanita yang berusia 19 tahun tersebut bukan sahaja menyebabkan kemalangan, malah boleh dikatakan membunuh dengan sengaja. Membunuh dengan sengaja kerana:
:dengan sengaja memandu secara malawan arus
:memandu dalam keadaan mabuk
:dengan sengaja menyebabkan kemalangan

Jika memandu dalam keadaan mabuk digunapakai dalam kes ini dan dijadikan alasan untuk mengurangkan hukuman, saya secara keras menolak alasan tersebut. Jika wanita tersebut terselamat daripada menerima hukuman yang berat, ada yang tidak kena dengan undang-undang di Malaysia. Jika nanti wanita tersebut hanya dikenakan hukuman penjara 2 bulan dan denda RM 10,000, ada yang tidak kena dengan undang-undang di Malaysia. Jika kes ini dibicarakan bertahun-tahun lamanya (boleh melebihi 10 tahun), ada yang tidak kena dengan undang-undang di Malaysia. Atau pengamal udang-undang hanya 'tidur lena'.

Wanita tersebut seharusnya mendapat hukuman yang setimpal atas kesalahan yang dilakukannya. 10 tahun penjara dan denda RM 500,000 masih tidak mampu menggantikan nyawa manusia. Mahkamah boleh juga mencari alternatif lain untuk menjatuhkan hukuman yang lebih sesuai dan memberi pengajaran kepada masyarakat yang lain. Saya kemukakan beberapa cadangan. Antaranya wanita tersebut harus menanggung keluarga si mati dalam satu tempoh yang ditetapkan. Contohnya, membiayai kos sara hidup sebanyak RM 1,000 kepada ibu, bapa, isteri dan anak si mati kerana pesalah tersebut meninggalkan 'trauma' kepada keluarga si mati.

Akhirul kalam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara Mohamad Fandi Rosli. Semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.

"Pemimpin-pemimpin politik dalam negara bertelagah sesama sendiri, siapa pula yang menjadi harapan rakyat untuk memperbetulkan semula undang-undang negara?"

-Tepuk dada, tanya iman.


Comments