Aku, Dia dan Bahasa

In sha Allah, ni artikel yang ke 44 aku taip dalam blog ni.

Bermula daripada artikel yang pertama aku taip sehinggalah yang ke 43, semuanya guna ayat yang skema n formal. Tapi kali ni aku ubah sikit cara penulisan supaya dekat dengan jiwa-jiwa manusia. Jiwa manusia yang sentiasa berbolak-balik. Hati dan perasaan yang sentiasa berubah-ubah. Itulah yang dinamakan manusia. Aku ni seorang yang sayangkan dan cinta akan Bahasa Melayu, bahasa peninggalan nenek moyang kita sejak dulu lagi. Sebab tu la apa ayang aku tulis sebelum ni kebanyakannya guna ayat-ayat yang formal. Maklumlah, masa sekolah menengah dulu Bahasa Melayu ni subjek 'feveret' n jadi makanan masa 'exam'. Huhuhuu (masuk bakul angkat sendiri).

Mulai hari ni, aku nak ubah sikit cara penulisan. Penulisan yang lebih santai, rileks dan sorrylah kalau ada bahasa-bahasa rojak sikit sebab zaman sekarang ni zaman yang guna bahasa 'mix' atau nak senang faham bahasa yang dirojakkan penggunaannya. Dalam satu ayat mesti ada percampuran antara BM dan BI. Pak menteri kat Malaysia sekarang ni pon kebanyakannya keluarkan 'statement' dengan bahasa rojak. (Mamak, rojak campuurrr satuu). hahahhaa. Kalau korang tak percaya apa yang aku cakap ni, hangpa boleh pi tengok berita pukul 8 malam n korang sendiri menilai ape yang diorang cakap. Contoh ayat paling senang macam ni, 

" Saya melihat bahawa pembangunan yang berlaku in our country pada hari ini adalah one of the usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu".

Huhuhuuuhu. Mukadimah pasal bahasa pon dah panjang lebar kan. Ishhh3. Banyak sebenarnya yang boleh dikupas pasal bahasa ni. Ikot pengalaman aku sepanjang duduk kat Indonesia dalam tempoh 4 bulan lamanya (tak lama pon sebenarnya sebabnya 4 bulan tu tak cukup untuk explore Indonesia), ada perkara-perkara positif yang boleh kita pelajari daripada diorang. Bak kata pepatah kan, 'ambil yang keruh, buang yang jernih'. Masa belajar kat salah sebuah universiti di Indonesia (tak mau la mention pasal nama univerisiti yang aku belajasr dulu), alangkah susahnya nak cari buku-buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Satu ruang perpustakaan tu semua hanya buku-buku dalam bahasa Indonesia. Rujukan kedoktoran dalam bahasa Indonesia. Buku yang cerita pasal sejarah ke, pasal matematik ke, teknologi ke, perguruan ke, semuanya dalam bahasa Indonesia. Nak buku dalam tulisan bahasa Inggeris?? Pergi cari buku-buku tu kat tempat lain.

Untuk buku-buku yang bukan dalam Indonesia, diorang dah bagi nama 'and' tempat khas. Kalau nak buku dalam BI, pi cari kat American Corner. Kalau nak buku-buku dalam bahasa Perancis, pi cari kat Perancis Corner. Itulah uniknya sebuah univerisiti di Indonesia yang lebih memartabatkan dan menghargai penulis-penulis tempatan.

Negara kita pulak? Entahlah nok. Gua pon pening sekejap bila pikir keadaan kat tempat sendiri. Kalau kat univerisiti yang aku belajar ni, nak cari buku rujukan yang ditulis dalam BM punya la susah. Susahnya ibarat mencari sebutir berlian di dalam laut lepas. Ko rase?? huhhuuh. Aku pun ambik langkah senang, berjimat cermat dan sewaktu dengannya dengan hanya baca novel-novel kat perpustakaan. Novel-novel yang aku baca ni bukan novel cintan cintan tapi novel sastera yang membawa seribu satu mesej kepada pembacanya. Buku yang paling aku ingat sampai sekarang ni ialah 'Laila Majnun'. Hangpa tau tak kisah Laila Majnun? Tak tau, pi cari buku tu n baca la ye.

Antara buku-buku yang pernah aku baca.


Okey, nanti aku sambung lagi sebabnya hari ni kita nak pi Baling, ada kerja luar sikit.
Nanti sambung lagi, 'I promise bebehh'.

Comments