Kau Bukan yang Dulu.....



Dulu kau seorang yang baik, selalu mendoakan kejayaanku, yang selalu memberi kata-kata aspirasi dan semangat untukku. Kau dilihat sangat sempurna. Memiliki segalanya. Tapi, dengan sekelip mata kau berubah. Berubah kerna apa? Kerna fitnah yang ditabur oleh insan-insan yang kejam . Insan yang hatinya telah ditanam dengan perasaan hasad dengki, yang hatinya telah hitam, hitam yang tidak mungkin akan putih semula. Akhirnya, kau tunduk jua dengan fitnah-fitnah yang ditabur oleh insan-insan yang pada hemat kau seorang yang bagus dan boleh dipercayai berbanding aku. Fitnah yang bukan kecil kesannya. Ibarat ombak laut yang mengehampas ke pantai dan meranapkan segenap penempatan. Lihatlah, betapa hebatnya fitnah yang dilemparkan sehingga mampu memusnahkan kehidupan. 

Akhirnya, aku tewas dalam permainan licik yang telah diatur oleh manusia-manusia yang hatinya telah tertanam dengan perasaan hasad dengki. Ya, aku tewas! Namun, aku sengaja membiarkan diri aku tewas kerana aku mahu melihat kemenangan sementara yang mampu dicapai oleh puak-puak manusia yang tidak sedar diri ini. Tidak mengapa, biarkan mereka dengan kemenangan yang dimiliki. Menang dalam menabur fitnah dan menabur kata-kata dusta kepada insan yang pernah menyanjungi aku pada suatu ketika dahulu. 

Tidak mengapa, biarkan golongan penabur fitnah itu bersorak meraikan kejayaan mereka. Biarkan mereka dengan gelak tawa dan bersuka ria. Kerna suatu hari nanti aku pasti akan bangkit semula untuk melenyapkan segenap kegembiraan dan gelak tawa insan yang telah menjatuhkan aku. Ya, aku pasti bangkit dan memastikan gelak tawa mereka akan bertukar menjadi tangisan yang tiada henti. Biar masa menentukan segalanya.

# Coretan : Syahmi Minhad

Comments

  1. syahmi minhad, blog nie menarik, susun atur ayat pon mnarik. hope dpt trbitkan lagi blog di lain hari.
    #pmbaca setia.

    ReplyDelete

Post a Comment