Selamat Tinggal Masa Lalu...


Ada dua keadaan kita pada suatu masa lalu.

Keadaan positif : Kita seorang yang bijak dan pandai dalam pelajaran, kacak, ada yang masa sekolah dulu menjadi ketua pelajar/pengawas, ramai kawan baik, ada keluarga yang bahagia, tidak merokok, dibesarkan dalam keluarga yang bahagia, hormat ibu bapa dan guru, banyak duit, patuh pada ajaran agama, dan bermacam-macam lagi.

Keadaan negatif : gagal dalam pelajaran/tidak mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran, gagal menjadi ketua pelajar/ketua pengawas di sekolah, dibesarkan dalam keluarga yang bermasalah, merokok, lalai dalam menjalankan suruhan agama, tak hormat ibu bapa, hodoh, pernah lari dari rumah dan bermacam lagi.

Perkara-perkara di atas adalah rentetan perjalanan hidup bagi seorang manusia biasa. Pernah berada di atas, dan adakalanya berada di bawah. Tetapi, apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah belajarlah untuk melupakan  masa lalu kerana masa itu tidak akan mampu berpatah semula walau sesaat sekalipun. Jika sebelum ini kita menempa banyak kejayaan, tidak semestinya hidup kita terus dipenuhi dengan warna-warni kejayaan. Begitu juga dengan kegagalan demi kegagalan yang kita hadapi, tidak semestinya kegagalan itu terus menghantui hidup kita. Jika semalam kita seorang yang hebat, tetapi tidak semestinya hari ini kita akan terus menjadi hebat. Jika semalam kita seorang yang teruk, tidak semestinya hari ini kita akan terus menjadi teruk kerana kita mempunyai ruang dan peluang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri. 

Akhirul kalam, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah dan merendah diri kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita. Seharusnya, pengalaman hidup yang dikutip pada masa lalu mampu menjadikan diri kita lebih baik dan bersedia menghadapi kehidupan yang akan mendatang.

#Coretan : Syahmi Minhad

Comments

Post a Comment