Amat
sukar untuk memahami erti sebuah persahabatan. Persahabatan sering disulami
dengan kata-kata seperti ‘ persahabatan kita sampai bila-bila, hanya maut yang
akan memisahkannya’, ‘ aku sahabat kau, sampai mati’, dan bermacam-macam lagi .
Tetapi, ungkapan itu hanyalah ungkapan palsu. Ramai yang telah kecundang dengan
sahabat sendiri, bahkan ada yang tertewas dengan pujuk rayu dan kata nista yang
diungkap. Ya, palsu!. Sehingga suatu tahap, kita tidak lagi mempercayai akan
persahabatan yang terjalin. Benci, marah, sedih dan kecewa silih berganti hadir
dalam diri. Benci dengan sahabat yang lalu. Marah kerana persahabatan itu
disulami dengan penipuan. Sedih kerana kepercayaan yang dipertaruhkan
dimusnahkan begitu sahaja dan kecewa kerana sahabat yang kita sanjungi berlalu
begitu sahaja, tanpa ucapan selamat tinggal. Tetapi, itu semua pada masa lalu.
Kini,
dunia telah berbeza. Kehidupan yang lalu berlalu dan digantikan dengan
kehidupan yang baru. Nafas baru, situasi baru, watak dan ragam manusia pun
serba baru. Mengenali orang yang baru kita kenali lebih indah berbanding
mengenangkan sahabat yang lalu. Ya, itu satu kenyataan. Benar, masa telah
mengubah segalanya. Kini, tibalah masa untuk melupakan peristiwa-peristiwa yang
lalu, mula mengatur langkah dan mengatur strategi untuk memburu saki-baki
kejayan yang masih belum dikecapi. Cukuplah bersahabat dengan manusia dalam
kuantiti yang sedikit, kerna kita mahukan kualiti dan bukannya kuantiti dalam
sesebuah persahabatan. Diharapkan jalinan persahabatan yang terjalin mampu
memberi sinar dalam kehidupan, bukannya harapan yang hanya tinggal harapan.
Comments
Post a Comment