Wahai sahabat. Aku sedar, walaupun kau cuba untuk
menyorokkan kesedihan yang sedang kau alami dan hadapi, aku dapat merasakannya.
Nyata kau hebat dan menempuhi kehidupan. Hebat! Itulah yang mampu aku katakan. Kau
hebat , kerana kau mampu membuat orang lain gembira, sedangkan kau berduka. Nyata
kau cuba menyembunyikan kesedihan yang kau alami untuk menjamin kebahagiaan
orang lain.
Ya, kau cuba untuk tidak menitiskan air mata di depan orang yang
kau sayang, kerna jika air mata kau itu menitis, itu menunjukkan diri kau seorang
yang lemah. Lemah, seolah-olah tunduk dengan desakan manusia sekeliling yang
semestinya tersemat perasaan benci di dalam diri mereka.
Janganlah kau mengalah wahai sahabat, jangan kau
pamerkan kesedihan yang kau alami itu di pandangan manusia sekeliling. Jangan
kau titiskan air mata itu, jangan!. Manusia dibelakangmu menaruh seribu satu
pengharapan, pengharapan yang sangat sukar untuk kau galas. Jangan kau biarkan
harapan itu hanya tinggal harapan, dan jangan mengakhiri pengharapan itu dengan
kekecewaan.
Comments
Post a Comment