Saya
ingin membuat sedikit ulasan mengenai ”BARA YANG MENYALA” kerana saya begitu
tertarik dengan ‘nilai’ yang ada dalam buku ini. Watak-watak yang ditonjolkan
seperti hidup. Kerana begitu tertarik dengan buku ini, saya mengambil masa
kurang daripada 24 jam untuk menghabiskan keseluruhan cerita dalam buku ini
yang setebal 344 muka surat.
Penceritaan
buku ini penuh dengan dendam kesumat yang tiada titik noktahnya. Watak-watak
penting seperti Datuk Hin Huat Ba, Bee Fat, Lan Liew, Christi dan Nilam
mmempunyai kisah hitam yang tersendiri. Datuk Hin Huat Ba, seorang ahli
perniagaan yang berjaya dan disegani oleh masyarakat. Namun, kekayaannya tidak
mampu memberikan kebahagiaan dalam hidupnya. Lan Liew, seorang peguam terkemuka
yang menempuhi pelbagai kejayaan dalam bidang perundangan. Namun, kebijaksanaan
dan kejayaannya menjadikan Lan Liew seorang pendendam, penghasut , ‘duri dalam daging’ dalam kehidupan Datuk Hin
Huat Ba. Bee Fat, watak penting yang berjaya menghidupkan cerita ini. Bee Fat
adalah suami kepada Go Si Lin, yang juga merupakan menantu kepada Datuk Hin
Huat Ba. Perkahwinan antara Bee Fat dan Go Si Lin tidak mendapat restu Datuk
Hin Huat Ba. Kemelut memuncak setelah Go Si Lin meniggal akibat kemalangan yang
diatur dan dirancang oleh peguam Lan Liew.
Bee
Fat bersetuju bahawa beberapa organ isterinya didermakan kepada golongan yang
memerlukan, walaupun keputusan itu mendapat tentangan yang dahsyat daripada
Datuk Hin Huat Ba. Menerusi pemindahan organ itu, mata Go Si Lin telah didermakan
kepada seorang gadis muda bernama Nilam. Nilam berasal daripada sebuah keluarga
miskin dan hanya tinggal bersama abang kandungnya, Ba Man. Semenjak lahir,
Nilam tidak mampu melihat dan hidup sebatang kara bersama abangnya kerana
ibunya telah meninggal semenjak kecil. Ayahnya pula menghilangkan diri semenjak
Nilam berada dalam kandungan.
Konflik
semakin memuncak apabila peguam Lan Liew mengetahui bahawa Nilam dan Ba Man
merupakan anak kandung Datuk Hin Huat Ba. Peguam Lan Liew bertekad untuk
merebut segala kekayaan yang dimiliki oleh Datuk Hin Huat Ba dengan cara
menghawini Nilam dan menghasut Ba Ma supaya menjatuhkan ayahnya. Peguam Lan
Liew merancang untuk menjatuhkan Datuk Hin Huat Ba kerana mahu melunaskan
segala dendam kesumat terhadap ahli perniagaan tersebut.
Datuk
Hin Huat Ba terperangkap dalam rancangan jahat yang diatur bersama peguam Lan
Liew dan Ba Man. Datuk Hin Huat Ba bertindak dengan menghalau Nilam daripada
keluarganya kerana Nilam telah termakan dengan janji manis peguam Lan Liew dan
bersetuju untuk mengahwininya. Akhirnya, ahli perniagaan tersebut menajdikan Ba
Man sebagai pengarah syarikat bagi menggantikan tempatnya kerana beliau terlalu
uzur untuk menguruskan syarikatnya.
Akhirnya,
peguam Lan Liew ‘lemas’ dalam rancangan jahatnya. Dendam kesumat yang mahu
dilunaskan akhirnya memakan diri sendiri. Peguam Lan Liew didapati bersalah
atas tuduhan ingin menjatuhkan dan membunuh Datuk Hin Huat Ba. Akhirnya, peguam
Lan Liew menyesal dengan perbuatannya dan merayu supaya tidak dimasukkan ke
dalam penjara. Peguam Lan Liew dimaafkan dengan syarat beliau menutup semua
operasi syarikat guamannya dan berpindah keluar dari Malaysia. Peguam Lan Liew
akur dengan keputusan tersbut dan berjanji untuk tidak lagi mengganggu
kehidupan dan kebahagiaan keluarga Datuk Hin Huat Ba.
Sekian, terima Kasih..
#orang yang kuat semangat sahaja dibenarkan membaca buku ini.
Comments
Post a Comment