Mengembara ke YogYakarta, Indonesia


Bismillahirrahmanirrahim.. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di kepulauan Jawa, suatu tempat yang sangat jauh dari keluarga, saudara mara dan kampung halaman. Jika sebelum ini telah mengembara dari Johor ke Kedah untuk menyambung pelajaran, tetapi kali ini keadaannya sungguh jauh berbeza. Jauh merantau ke tempat orang menjanjikan suatu pengalaman yang sukar diperoleh di tempat lain.

Sebelum sampai ke Yogyakarta, Indonesia, pelbagai keadaan suka dan duka telah ditempuhi. Ada coretan yang manis dan ada juga yang pahit untuk diterima. Ternyata tempoh 2 minggu yang diberikan oleh pihak pengurusan untuk menyelesaikan segala urusan sebelum terbang ke sana sungguh singkat dan amat mencabar. Segala urusan perlu diselesaikan dengan segera atau 'on the spot'. Namun, saya jadikan itu semua sebagai cabaran kehidupan dan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan segalanya.

Seterusnya, kami mula berlepas pada jam 9.40 pagi waktu Malaysia dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA 2). Ini juga merupakan pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang kerana sebelum ini tidak berkesempatan dan berkemampuan untuk menaikinya. Tempoh dua jam setengah di dalam kapal terbang terasa begitu singkat. Namun, ada kalanya terasa seperti mual-mual kerana keadaan kapal terbang yang bergegar apabila terlanggar awan. Layanan yang diberikan oleh peramugara dan permugari Air Asia juga amat bagus (sambil berangan untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti).

Tepat jam 12.20 pm waktu Malaysia, pesawat kami selamat mendarat di Bandar Udara Adi Sucipto. Mengikut coretan sejarah yang diceritakan oleh mas Reza Rezeki (facebook: Reza Rezeki), lapangan terbang ini diberi nama tersebut kerana Adi Sucipto telah terkorban semasa berada di dalam pesawatnya. Bagi menghormati dan mengenang jasa Adi Sucipto, kerajaan telah menamakan lapangan terbang tersebut dengan nama beliau. Ketibaan kami di YogYakarta, Indonesia disambut mesra oleh kakitangan dan wakil dari Universitas Muhammadiyah YogYakarta. Kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka amat kami hargai.
Setelah dijemput di lapangan terbang, kami terus menuju ke penginapan pelajar atau dalam bahasa Indonesia iaitu Unires UMY. Itu sahaja untuk kali ini dan in sha Allah saya akan berkongsi lebih banyak pengalaman sepanjang berada di bumi Indonesia.

Nantikan entri seterusnya, 'Pengalaman meneroka bandar YogYakarta'..
Sekian, terima kasih..

Facebook: Syahmi Minhad
Instagram: Syahmi_Minhad

kami sempat bergambar sambil memegang 'Jalur Gemilang' di KLIA 2






Comments

  1. Terbaik lah..blog ni...amie teruskan penulisan didalam blog...ni...take care ..from kak Nazirah & abg sufri

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee...biasa2 je kak nazirah a.k.a kak yong...kirim salam kat abg sufri ye... in sha Allah esok lusa ami update lagi..hehe

      Delete
  2. tq yie..memang aku akan sentiasa rindukan ko yie..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment