Bangsa
Melayu adalah sebuah bangsa yang gah suatu ketika dahulu. Ini telah terbukti
semasa kerajaan Melayu Melaka yang akhirnya musnah diterobos oleh
penjajah-penjajah asing bermula pada tahun 1511. Semenjak 1511, Tanah Melayu
yang merupakan tanah pusaka orang melayu mula diserang dari setiap sudut. Kuasa
ekonomi dimonopoli bangsa asing, politik diporak perandakan manakala kehidupan
sosial orang Melayu mula bercampur aduk. Demi menjaga dan melindungi hak-hak
orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Tanah Melayu, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia telah diperkenalkan bermula pada 1957. Selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan, Sabah, Sarawak dan Singapura pula bergabung pada 16
September 1963 dan terbentuknya Malaysia. Namun, 2 tahun kemudian Singapura
keluar daripada Malaysia dan membentuk negara sendiri.
Selepas mengharungi
kemerdekaan dan pembebasan daripada cengkaman penjajah selama 59 tahun, bangsa
Melayu masih berada dalam kelompok minoriti walaupun sebenarnya bangsa ini
merupakan bangsa majoriti di Malaysia. Bangsa Melayu masih lagi menjadi
minoriti dari segi ekonomi, pendidikan dan politik. Lihat sahaja
bangunan-bangunan pencakar langit yang dibina secara rancak ketika ini.
Bangunan-bangunan tersebut dimonopoli oleh bangsa-bangsa asing dan bangsa
Melayu ada juga yang berjaya menempatkan diri dalam perniagaan tersebut namun
jumlahnya terlalu kecil. Lihatlah pula dari segi politik. Orang Melayu itu
sebenarnya sukar untuk bersatu dan bekerjsama dalam satu unit. Parti-parti
politik orang Melayu lebih banyak berbanding parti-parti politik yang lain dan
setiap parti tersebut memperjuangkan ideologi yang berbeza. Orang Melayu
mempunyai parti UMNO, PAS, AMANAH, PKR, BERSATU dan PERKASA. Namun, orang Cina
hanya mempunyai 2 parti yang dominan iaitu DAP dan MCA. Usah bicarakan lagi
mengenai politik kerana kisah ini tiada penghujungnya. Lihat pula pada
pendidikan dan perjuangan bahasa. Nilai pendidikan orang Melayu masih lagi
memerlukan banyak penambahbaikan. Orang Melayu pula lebih suka memperjuang dan
memepertingkatkan penguasaaan bahasa inggeris berbanding bahasa Melayu sendiri.
Terlalu
banyak yang ingin dikupas mengenai isu namun kupasan ini akan bersambung pada
entri yang seterusnya. Teruskan mengikuti blog ini untuk kupasan seterusnya.
Comments
Post a Comment