Kini aku berusia 27 tahun dan
merupakan seorang wartawan yang bekerja di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Tugasku adalah mencari dan mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai
isu-isu semasa negara. Aku bertugas tidak mengikut waktu pejabat kerana ada
kalanya aku perlu bekerja selama 24 jam. Selain menjadi wartawan, aku juga
bergiat aktif dalam persatuan sukarelawan dan khidmat masyarakat. Dengan
mempunyai penagalaman dalam bidang sukarelawan semenjak berada di universiti,
aku telah dilantik sebagai pengerusi bagi persatuan sukarelawan yang membantu
golongan gelandangan. Selain menjadi wartawan dan bergiat aktif dalam persatuan,
aku juga telah menubuhkan sebuah rumah anak-anak yatim yang dapat menempatkan
seramai 10 orang dalam satu-satu masa.
Comments
Post a Comment