Gempa Acheh

Gempa bumi yang bermagnitud 6.5 telah berlaku di Pidie Jaya, Acheh, Sumatera, Indonesia. Kejadian yang berlaku pada 7 Disember 2016 itu telah menyebabkan 97 orang terbunuh, 213 orang cedera dan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. Susulan kejadian tersebut, pelbagai pihak telah tampil memberi bantuan terutamanya Malaysia. Malaysia menerusi pelbagai agensi telah menubuhkan tabung bencana khusus untuk masyarakat Acheh. Walaupun peristiwa tersebut tidak mengorbankan rakyat Malaysia, namun rakyat Malaysia terus menghulurkan pelbagai sumbangan atas dasar keprihatinan dan semangat kejiranan. Malaysia juga antara negara terawal yang menyatakan kesediaan untuk memberi apa-apa bantuan kepada mangsa gempa di Acheh. Sesungguhnya, keprihatinan dan nilai-nilai kemanusiaan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara yang lain.

Comments