Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia (MTUC) telah mencadangkan agar tempoh pekerjaan bagi sektor awam
dan swasta dihadkan 6 jam sehari. Cadangan tersebut mendapat pelbagai reaksi
positif dan negatif. Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
awal-awal lagi telah menyatakan bantahan terhadap cadangan tersebut dengan
alasan pekerja lebih memerlukan kenaikan gaji daripada pengurangan waktu
bekerja bagi mengimbangi kos sara hidup. Namun, terdapat juga pihak yang
menyokong cadangan tersebut terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga
dan Masyarakat (KPWKM). KPWKM menerusi menterinya menyambut baik cadangan
tersebut dengan alasan pekerjaan ketika ini banyak menggunakan teknologi dan
pekerja boleh menyelesaikan pekerjaan mereka di rumah sahaja.
Comments
Post a Comment