Kemahiran komunikasi perlu dikuasai
oleh setiap orang terutamanya pelajar-pelajar universiti yang bakal menempa ke
alam pekerjaan. Kemahiran ini boleh dijana bukan hanya di dalam bilik kuliah
sahaja, namun pelajar harus memanfaatkan segala ruang dan peluang yang ada
dengan menyertai persatuan pelajar dan sebagainya. Kemahiran ini semakin
menjadi keutamaan masyarakat dunia pada hari ini kerana tanpa berkomunikasi,
seseorang itu akan terus berada di takuk yang lama dan tidak mampu memperoleh
kehidupan yang lebih baik. Lihatlah sektor pekerjaan pada hari ini. Hampir
keseluruhan syarikat yang menawarkan pekerjaan menjadikan kemahiran komunikasi
sebagai syarat utama sebelum mengambil pekerja baru. Tidak cukup dengan itu,
ada juga syarikat lebih mengutamakan calon yang menguasai lebih daripada satu
bahasa seperti mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Inggeris dan juga Mandarin.
Comments
Post a Comment