Dalang tragedi menyayat hati yang
mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal MH 17 masih lagi menjadi tanda tanya.
Menteri Luar Australia, Julie Bishop memberi jaminan dengan mengeluarkan
kenyataan bahawa suspek yang menembak jatuh pesawat tersebut akan dimumkan pada
penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan seterusnya akan
diheret ke tribunal antarabangsa. Penyiasat antarabangsa pada 28 September yang
lalu telah mengesahkan bahawa pesawat tersebut ditembak jatuh oleh peluru
berpandu buatan Russia dari kampung yang dikuasi pemberontak pro-Russia di
timur Ukraine. Jika dakwaan itu benar, nescaya sukar untuk mengheret suspek ke
muka pengadilan. Hal ini demikian kerana Russia merupakan antara kuasa besar
dunia dan menjadi seteru utama terhadap Amerika Syarikat. Russia pula menuding
jari dengan menuduh bahawa Ukraine yang menembak jatuh pesawat tersebut.
Ukraine pula menafikan dakwaan tersebut dan mendapatkan sokongan politik
sepenuhnya dari Amerika Syarikat seterusnya mengheret kuasa-kuasa besar dunia
bertelagah. Saya percaya, suspek telah dikenal pasti namun semua pihak terus
bermain tarik tali.
Comments
Post a Comment