Kehadiran drama 7 Hari Mencintaiku yang disiarkan melalui stesen televisyen TV 3 seakan-akan telah memberi 'memberi nafas' baru kepada industri hiburan Malaysia. Drama yang ditayangkan sebanyak 28 episod ini begitu sarat dengan pelbagai mesej khusus untuk masyarakat. Drama ini juga seolah-olah memberi gambaran kehidupan masyarakat masa kini. Drama yang dibintangi oleh Shukri Yahya dan Siti Saleha sebagai pelakon utama berjaya dan berupaya 'menghidupkan' jalan cerita sehingga menarik jutaan penonton untuk menonton drama tersebut.
Baru-baru ini pula, drama 7 Hari Mencintaiku telah berjaya membolot sebanyak 6 daripada 11 kategori yang dipertandingkan di Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2017). Drama tersebut sememangnya layak meraih kemenangan dan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Lagu Lelaki Teragung yang dipopularkan oleh Dayang Nurfaizah telah diangkat sebagai OST (Original Sound Track) untuk drama 7 Hari Mencintaiku dan lagu tersebut seakan-akan kena dengan jalan cerita dan menusuk masuk ke hati penonton.
Drama 7 Hari Mencintaiku mendapat liputan di akhbar-akhbar tempatan. |
*Nota tambahan: saya sedang menanti drama-drama Melayu yang lain yang mampu memotong 'rating' 7 Hari Mencintaiku.
Selamat maju jaya buat industri hiburan tanah air ..
http://www.layanon9.biz/2016/11/7-hari-mencintaiku-2016-slot-akasia-tv3.html
Link di bawah ini pula antara beberapa artikel yang telah diterbitkan oleh akhbar-akhbar tempatan tentang kemenangan 7 Hari Mencintaiku di Drama Festival Kuala Lumpr.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/04/09/dfkl-7-hari-mencintaiku/
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/7-hari-mencintaiku-dominasi-anugerah-dfkl-2017
http://www.hmetro.com.my/node/220145
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2017&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
http://eh.com.my/artikel/hiburan/7-hari-mencintaiku-menang-besar-di-anugerah-dfkl-2017/
https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20170416/281522225957880
Comments
Post a Comment