Apa yang aku dah dapat selama 3 tahun kat universiti?


Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 3 tahun aku belajar kat universiti ni. Tapi, setiap kali ada masa lapang, aku akan tanya kat diri sendiri. Selama 3 tahun aku belajar kat sini, apa yang aku dah dapat? 3 tahun yang aku lalui ni dah banyak ubah kehidupan aku atau tak? dah cukup tak ilmu 'and' persediaan sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan? Dulu masa sem 1 (awal2 masuk belajar), rasa macam lama je ambik degree ni. Tapi, sekarang ni dah sem last (sem 6), rasa sekejap pulak masa tu berlalu.  Rasa bumi tu berputar sangat cepat. Tapi, kehidupan ni perumpamaannya macam gasing. Awal-awal berpusing perlahan, lepastu pusingnya laju 'and' sampai satu tahap, gasing tu berhenti berpusing. Aku saja 'share' kisah aku ni hanya untuk pengajaran kepada diri sendiri dan sebagai pedoman serta panduan kepada orang lain. Tak ada apa2 maksud tersirat pon.
Majlis angkat sumpah masa sem 1 dulu.


Aku masuk U ni boleh dikatakan dengan '0'. Erti kata lain, KOSONG, atau bahasa mudahnya telur. huhuhuh. Masuk menonong ke alam universiti berbekalkan ilmu masa STPM dulu. Satu sem aku tercari-cari diri sendiri, apa yang patut aku buat, apa 'platform' untuk aku asah bakat n kembangkan potensi diri. Pernah cuba pergi interview persatuan pelajar masa sem 1 dulu tapi gagal. Masa tu hanya Allah saja yang tau betapa kecewa, sedih n berduka laranya hati ni. Satu sem tercari-cari mana-mana persatuan yang boleh aku join. huhuhuhu

Dengan tak ada apa-apa komitmen daripada mana-mana persatuan masa sem 1, aku dengan mudah melepasi keputusan 3.0 dengan jayanya. Tak ada komitmen daripada mana-mana persatuan n lepas pointer 3.0, tu belum cukup bagi aku. Masih tak puas hati dengan apa yang aku dah dapat (itulah perangai buruk seorang manusia bernama Syahmi yang sentiasa tak pernah puas hati dalam hidupnya). Aku cabar diri aku untuk buat sesuatu yang lebih daripada apa yang aku dah dapat selama ni. Kalau setakat jadi AJK pelaksana sesuatu program 'n' perform masa exam, itu belum cukup bagi aku. Alhamdulillah, dengan tak disangka-sangka, Allah S,W.T telah menemukan aku dengan sebuah badan persatuan pelajar yang pada masa tu aku pun tak tau wujudnya badan persatuan tu kat universiti.

Berdepan dengan 6 subjek dan pikul tanggungjawab sebagai ahli kepimpinan persatuan dengan menjawat jawatan paling rendah pada masa tu, alhamdulillah masih lagi mampu 'perform' masa jawab exam. Aku makin berkobar-kobar untuk lebih perform masa kat U disebabkan kata-kata negatif yang aku dapat daripada orang-orang sekeliling aku. Dengan duit untuk belajar tak cukup, kata-kata negatif daripada orang sekeliling, tanggungjawab sebagai ahli kepimpinan dalam persatuan, tanggungjawab sebagai seorang anak, tanggungjawab sebagai seorang abang n adik dalam keluarga, tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti n yang paling penting tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, Alhamdulillah semua dugaan tu aku dapat tempuhi dengan jayanya.
Orientation Week.

Member bagi kek 3 hari sebelum daftar masuk kat U dan kita makan kek ni masa dalam perjalanan ke U. Tq bro


Alhamdulillah, syukur ya Allah..

Comments