Bakti Siswa Cameron Highland, Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, atas izin dan limpah kurnia daripada Allah S.W.T, Sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia atau lebih dikenali sebagai SRM UUM telah selamat menabur bakti di Kampung Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang. Program ini telah berlangung selama 5 hari 4 malam iaitu bermula pada 31 Mac hingga 4 April 2017. Saudari Nur Aina Nadhirah yang merupakan pengarah program telah mengetuai rombongan pelajar dari UUM seramai 40 orang untuk menabur bakti di kampung tersebut.

Pelajar-pelajar UUM telah bertolak dari kampus pada jam 8.30 pagi dan sampai di Kampung Taman Sedia pada jam 2.50 petang. Majlis penyerahan anak angkat telah berlangsung selepas peserta sampai di kampung tersebut. Selepas itu, peserta diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Waktu maghrib pula peserta program solat berjemaah, mengikuti tazkirah dan kemudiannya solat isyak berjemaah bersama orang kampung. Peserta juga bergotong-royong membersihkan surau Kampung Taman Sedia dan mengedarkan bubur kacang kepada masyarakat setempat.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung;


Gotong-royong memasak bubur kacang hijau+jagung manis












Bergambar kenangan bersama Tan Sri M Kayveas



Misi mengedar bubur kacang untuk diberikan kepada masyarakat setempat.














Terima kasih warga Kampung Taman Sedia, Cameron Highland, Malaysia.

Makan malam di kedai makan keluarga angkat

Peserta belajar mengaji menggunakan teknik Al-Baghdadi



Peserta program bergambar bersama keluarga angkat

Kasih sayang antara peserta program dengan adik-adik Tadika Islam

Peserta program melakukan aktiviti bersama adik-adik Tadika Islam

Gambar kenangan bersama kakitangan Tadika Islam Taman Sedia









Peserta program pulang ke destinasi masing-masing.


Terima kasih diucapkan kepada masyarakat Kampung Taman Sedia, Cameron Highland yang sudi menerima kedatangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Layanan yang diberikan oleh masyarakat Kampung Taman Sedia terlalu istimewa dan sukar untuk dilupakan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang turut sama terlibat dalam program ini.

Comments

  1. Assalamualaikum
    Boleh ke saya nak tanya details pasal program kamu dan kampung ini?

    ReplyDelete

Post a Comment