Bismillahirrahmanirrahim.
Saya suka memulakan penulisan
dengan bismillah sebagai tanda mengingat Allah S.W.T kerana jika bukan
kerana-Nya, saya tidak mampu menulis.
Alhamdulillah, jika penulisan ini
diterbitkan, ini menjadi karya saya yang ke-50 sepanjang menceburkan diri
dengan penulisan di blog semenjak 2014. Menulis bukanlah bidang utama saya
tetapi saya cuba untuk menulis denga isi-isi yang terbaik supaya orang yang
membaca blog saya ini mendapat manfaat yang sewajarnya. Sekurang-kurangnya,
apabila tangan saya tidak lagi mampu untuk menaip, otak saya tidak lagi mampu
berfikir dan mata saya tidak lagi terbuka, ada ‘sesuatu’ yang dapat saya
sumbangkan kepada orang sekeliling.
Saya akui, saya bukanlah manusia
terbaik yang lahir di atas muka bumi ini. Saya bukanlah seorang yang pakar
dalam bidang agama dan ilmu saya masih lagi cetek berbanding orang lain. Namun,
apa yang ingin diberi perhatian pada kali ini ialah sikap segelintir manusia
pada hari ini yang dilihat seolah-olah telah mengalami ketirisan iman yang
sangat dahsyat. Dengan munculnya teknologi terkini ditambah pula kewujudan
pelbagai jensi media sosial seperti Facebook dan Instagram, maki hamun dan
fitnah seolah-olah telah menjadi tradisi dalam kehidupan seharian. Jika
dibandingkan pada 10 tahun dahulu iaitu ketika internet masih lagi samar-samar
dalam kehidupan rakyat Malaysia, manusia dilihat masih lagi mempunyai kewarasan
akal fikiran dan keutuhan iman yang tinggi. Caci-mencaci dan kutuk-mengutuk
tidak terlalu diperdebatkan dalam kehidupan masyarakat.
Apa yang dapat saya simpulkan,
jagalah adab dan tingkah laku kita kerana setiap perbuatan yang dilakukan di
atas muka bumi ini akan ada balasannya. Jika tidak kena pada hari ini, akan
dapat balasannya pada hari esok. Jika tidak hari esok, mungkin akan kena pada
anak cicit kita. Saya suka dengan satu kata-kata, ‘bekerjalah seperti kamu
hidup seribu tahun lagi, beribadahlah seperti kamu mati pada hari esok’. Tiada
siapa antara kita yang tahu bilakah waktu kematian kita. Pernahkah kita
terfikir, apakah kita sempat memadam apa yang ditulis di media sosial? Apakah
selepas memuat naik kata-kata fitnah di media sosial, ajal pula yang datang
kepada kita?
Ma sha Allah. Fikir-fikirkanlah
dan selamat beramal.
Yang benar-Hamba Allah yang hina
Comments
Post a Comment