Kamu pokok yang mana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaflah kalau ayat yang ditulis ini 'skema' sikit kerana saya lebih suka dan selesa menulis dengan menggunakan bahasa Melayu formal.

Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ada individu yang gagal dalam pelajaran, namun cemerlang dalam bidang perniagaan. Ada juga individu yang cemerlang dalam bidang pendidikan, namun memilih untuk bekerja diluar bidangnya. Pokok pangkal kejayaan seseorang itu sebenarnya dipacu oleh minat dan keredhaan hati. Redha dan percaya bahawa kejayaan yang dikecapi adalah kurniaan rezeki daripada Allah S.W.T. Namun, kejayaan yang dikecapi bukan hanya milik kita seorang sahaja. Nikmat kejayaan itu perlu dikongsi kepada orang lain. Kejayaan yang dikecapi seharusnya dirasai oleh orang sekeliling. Tidak ada gunanya jika rezeki itu tidak memberi manfaat kepada orang lain. Kejayaan yang tidak bermanfaat ibarat seperti sebatang pokok yang mampu mengeluarkan buah yang sangat banyak namun buah tersebut sebiji pun tidak boleh dimakan. Jadilah pepohon yang mengeluarkan buah-buahan yang mampu dimakan oleh semua orang. Sementara pokoknya masih lagi segar dan sihat, hasilkanlah seberapa banyak buah yang mampu mengenyangkan orang sekeliling. Begitu jualah dengan kehidupan. Bantulah orang sekeliling sementara masih sihat dan mempunyai kudrat yang banyak. 

Comments