Pencari atau pencipta?

Bismillahirrahmanirrahim.

Manusia yang dilahirkan di atas dunia ini semuanya memiliki personaliti dan kemahiran yang tersendiri. Setiap manusia tidak sama. Ada yang bijak dalam akademik, tetapi 'kosong' dalam bidang kemahiran. Ada pula individu yang mempunyai kemahiran yang tersendiri, tetapi tidak cemerlang dalam akademik. Walau siapapun kita, jadilah seorang pencipta dan bukan seorang yang mencari-cari tanpa ada tujuan.

Jadilah seorang manusia yang mencipta sebanyak-banyaknya. Manfaatkanlah segala kemahiran yang dimiliki dan terjemahkannya dalam bentuk yang mampu diingati oleh orang lain. Gunakan segala platform, manfaatkanlah segala ruang dan peluang untuk mengetengahkan bakat yang dimiliki. Jangan hanya menjadi individu yang hanya tahu mencari dan menggunakan 'jalan pintas' untuk mencipta kejayaan. Semudah kita mencapai kejayaan, begitu mudah juga untuk kita menemui kegagalan. Biarkan diri kita dihujani dengan ujian terlebih dahulu kerana kejayaan sedang menanti kita di hadapan. Percayalah, selepas hujan pasti ada pelangi. Selepas ribut pasti ada redanya. Selepas mendung pasti ada panasnya.

Jadilah pencipta yang menyumbang dan memberi manfaat kepada masyarakat. Elakkan diri menjadi 'pencari' yang hanya menunggu tanpa berusaha.

Comments