Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia

Pertama sekali, saya dedikasikan ucapan terima kasih saya ini kepada sahabat-sahabat dari Indonesia iaitu saudara Zaki Arianto dan Genta yang telah sudi menyambut kedatangan saya ke Pulau Bintan, sebuah kepulauan kecil yang terletak di dalam kawasan Kepulauan Riau, Indonesia. Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada kenalan-kenalan yang menetap di Bintan iaitu saudara Nuril, Aji Mandala, Nuzul, Putra Nanda dan Diaz Anugerah kerana menyambut kedatangan saya dengan penuh kemesraan. Salam kerinduan daripada saya buat kenalan-kenalan di Kepulauan Riau yang sentiasa terpahat dalam memori buat selama-lamanya.


Tidak lupa saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kenalan-kenalan sepanjang saya menuntut ilmu di Yogyakarta, kota ilmu di salah sebuah negeri di Indonesia. Perjalanan menuntut ilmu di Daerah Istimewa Yogyakarta telah membuatkan diri saya untuk terus berkobar-kobar dan lebih bersemangat untuk mendepani cabaran demi cabaran dalam kehidupan. Pengajian di Indonesia telah menerbitkan rasa ingin lebih tahu mengenai sejarah peradaban Indonesia, bahasanya, budayanya, makanannya, tokoh pejuangnya dan juga apa jua perkara menarik mengani Indonesia. 4 bulan hidup di bumi asing telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari sendiri bahasa Indonesia, belajar membaca dan mengeja kosa kata Indonesia dengan cara yang betul. Walaupun telah tamatnya pengajian satu semester di Yogyakarta (Februari-Jun 2016) namun saya masih berusaha mendalami bahasa Indonesia sehingga ke hari ini melalui pembacaan buku-buku tentang Indonesia, menonton filem terbitan Indonesia dan juga membaca akhbar-akhbar atas talian seperti The Jakarta Post dan juga Kompas. Jika ada waktu lapang, saya akan meluangkan sedikit masa mendengar Prambors Radio melalui aplikasi atas talian.


(Panjangnya mukadimahh.. huhuhuu)


Banyak lagi perkara menarik mengenai Indonesia yang masih belum diketahui oleh rakyat Malaysia amnya. Tahukah anda bahawa budaya Melayu itu bermula dan berasal dari Indonesia? Tahukah bahawa bahasa Indonesia yang digunapakai ketika ini merupakan bahasa Melayu yang berasal daripada sebuah pulau dan seterusnya diangkat bahasanya menjadi bahasa rasmi untuk semua rakyat Indonesia yang berjumlah hampir 300 juta orang?

Pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Penyengat yang merupakan antara tempat asal usul peradaban Melayu pada suatu masa dahulu. Selain Pulau Penyengat, Pulau Lingga juga merupakan antara lokasi terawal penyebaran peradaban budaya Melayu yang kemudiannya disebarkan ke tanah Melayu melalui kerajaan Johor Lama. Inilah antara tiga lokasi  peradaban budaya Melayu di Nusantara. Boleh rujuk link di bawah ini untuk mengetahui rentetan sejarah kesultanan Melayu:



Untuk fakta yang lebih tepat, Indonesia juga didiami oleh masyarakat Melayu yang boleh dijumpai di kebanyakan tempat di Kepulauan Riau terutamanya di Natuna, Tanjung Pinang, Lingga, Bintan, dan beberapa tempat di Sumatera, Indonesia. Namun, disebabkan percaturan politik oleh penjajah suatu masa dahulu (perjanjian antara Belanda dan British) telah mengisytiharkan mana-mana bahagian yang telah dijajah oleh Belanda menjadi negara Indonesia dan mana-mana bahagian yang dijajah oleh British diisytihar menjadi Tanah Melayu.





Natuna merupakan salah satu daerah yang terdapat di dalam Negeri Kepulauan Riau atau bahasa yang lebih dekat dengan orang Indonesia ialah Kepri. Selain Natuna, terdapat juga daerah lain seperti Anambas, Lingga, Bintan, Karimun, Batam dan Tanjung Pinang. Ketika ini, saya hanya mampu menerokai Tanjung Pinang dan sebahagian kecil kawasan di Bintan manakala 5 daerah lain yang terdapat di Kepulauan Riau masih belum berkesempatan untuk dilawati. Berikut merupakan antara 'memori' yang dapat dirakam sepanjang melawat Tanjung Pinang.



Mee Lendir. Makanan yang sangat enak di Tanjung Pinang. Harganya dalam RM 4-5.

Jeti Tanjung Pinang

Masjid Raya Sultan Riau Pulau Penyengat, Bintan, Kepulauan Riau.

Bergambar kenangan bersama sahabat dari Indonesia dan juga dari Malaysia.

Keadaan Masjid yang sangat bersih

Ruang mandi jenazah yang terdapat di Majis Raya Sultan Riau.

Keadaan dalam masjid yang menempatkan senaskah al quran yang ditulis menggunakan tangan.

Salah sebuah perigi yang terdapat di Pulau Penyengat.

Tempat bersiram permaisuri suatu masa dahulu.


Gambaran dari luar tempat permaisuri bersiram.

Jalan Bukit Kursi. Pulau Penyengat boleh dijelajah dengan hanya berjalan kaki sahaja.

Gedung Mesiu- Lokasi yang menempatkan senjata suatu ketika dahulu

Laman Boenda-Taman untuk anak-anak muda





Nama penulis terpahat di dalam buku pelawat.


Bersama kanak-kanak Indonesia.

Balai adat- Tempat bagi majlis perkhawinan dan adat-adat berkaitan budaya Melayu.




Opak-opak merupakan makanan asli di Kijang, Bintan.
Tapai dan juga otak-otak.



Bergambar kenangan bersama-sama sahabat dari Malaysia dan juga Indonesia.

Kijang City Walk.

Martabak bangka- sekali makan, pasti nak lagi dan makanan ini tidak terdapat di Malaysia.


Tugu Pensil.

Tugu Pensil juga menempatkan catatan sejarah mengenai Gurindam 12 Karya Raja Ali Haji.














Inilah antara nilai sejarah yang dapat saya rungkaikan sepanjang berada di Tanjung Pinang selama 4 hari 3 malam. Ternyata kedatangan saya buat kali kedua ke Tanjung Pinang terasa amat memberi kepuasan kepada diri. Selain daripada berkunjung ke Kepulauan Riau, saya juga telah berkesempatan berkunjung ke Bandung yang merupakan bandar yang bersuhu sejuk pada waktu malam, kota Jakarta yang merupakan ibu negara Indonesia dan juga berkesempatan ke Purworejo yang mempunyai beduk paling besar di dunia.

Sekian, terima kasih.

Tanjung Pinang, Kota  Gurindam, Kota adat Melayu yang tidak akan pernah terpadam.

"Takkan Melayu Hilang di dunia"

Comments