Surat Cinta Untuk Starla-Virgoun

Surat Cinta Untuk Starla telah menjadi lagu yang paling banyak ditonton di Indonesia melalui Youtube (setakat 7 Jun 2017). Semenjak dimuatnaik pada 9 Februari 2016, lagu ni telah melepasi jumlah tontonan melebihi 100 juta kali tontonan. Lagu ni juga menjadi satu-satunya lagu tempatan Indonesia yang mendapat tontonan paling dalam kalangan pengguna Youtube. Di Malaysia, klip video lagu Aiman Tino- Ku Rela Dibenci mendapat tontonan paling banyak, itupun baru 30 juta tontonan dan jumlah ni jauh ketinggalan dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla.


Lagu ni saya dah dengar semenjak belajar di Indonesia lagi (sekitar bulan Mei 2016). Lagu ni juga dah 'meletop' dan tranding di Indonesia namun masih ramai lagi orang Malaysia yang tak tahu lagu ni. Lagipun, lagu ni tak selalu dimainkan kat corong-corong radio Malaysia. So, ramai la yang tak tahu kewujudan lagu ni kan.

So, atas inisiatif sendiri, saya perdengarkan lagu ni kepada 5 orang remaja dalam lingkungan umur 20-22 berlatarbelakangkan pendidikan, jantina dan negeri yang berbeza. Kelima-lima orang ni merupakan individu yang tak pernah dengar lagi lagu Surat Cinta Untuk Starla. Setelah mendengar lagu tersebut, mereka memberi komen mengikut pendapat dan pendirian masing-masing.

1. Syarif, 21 tahun, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (tahun pertama),
 berasal dari Perak.
2. Aiman Hakimi, 21 tahun, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media (tahun kedua),
berasal dari Baling, Kedah.


3. Izzat, 22 tahun, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (tahun kedua),
berasal dari Kedah.
4. Hajar, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (tahun pertama),
berasal dari Pulau Pinang.
5. Azuan Nasir, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media
(tahun kedua),
berasal dari Kelantan.
Kelima-lima individu yang terpilih telah memberi maklumbalas yang positif. Kebanyakannya memberi pendapat mengenai lirik lagu yang bagus dan berkesan. Ada juga yang terkejut apabila mengetahui bahawa lagu yang mereka dengar telah mencecah sebanyak 100 juta tontonan di Youtube sedangkan selama ini belum ada lagi lagu Indonesia yang berjaya mencecah angka sebanyak itu.

Dengan maklumbalas yang positif, maka dapat disimpulkan bahawa Surat Cinta Untuk Starla sememangnya 'layak' berada di kedudukan yang sepatutnya. Terima kasih kepada individu-individu yang sudi memberi kerjama untuk memberi pendapat, komen dan maklumbalas mengenai lagu ini.

Semoga industri hiburan Malaysia dan Indonesia terus maju pada masa akan datang.
#MuzikSerumpun

Comments