Laskar Pelangi

Laskar Pelangi adalah sebuah filem yang telah diadaptasi melalui sebuah novel karya Andrea Hirata. Novel tersebut telah mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan samaada dari dalam mahupun luar negara Indonesia. Akibat daripada sambutan terhadap novel tersebut yang begitu tinggi, maka novel tersebut difilemkan. Walaupun jalan cerita yang ditonojolkan menerusi filem dan juga novel terdapat sedikit perbezaan, namun nilainya hampir sama.

Laskar Pelangi adalah sebuah jalan cerita yang memaparkan mengenai sekumpulan kanak-kanak yang belajar di Sekolah Dasar Muhammadiyah. (kalau di Malaysia, Sekolah Dasar adalah Sekolah Kebangsaan bagi darjah satu hingga darjah 6). Kehidupan masyarakat Melayu pulau Belitong telah ditonjolkan menerusi Laskar Pelangi. Sehinggalah pada satu tahap, kanak-kanak tersebut telah melangkah ke alam dewasa dan mula menunjukkan kebijaksanaan masing-masing. Lintang, seorang kanak-kanak lelaki yang perlu menempuhi perjalanan dari rumah ke sekolahnya sepanjang hari sejauh 40 kilometer adalah seorang yang cekal dan kebijaksanaan yang terdapat pada kawan-kawannya yang lain. Bukan sahaja Lintang, malah watak-watak yanglain turut memainkan peranan masing-masing sehingga cerita ini memberi kesan kepada pembaca dan penonton.

Untuk mendapatkan kisah yang lebih lanjut, korang perlu dapatkan sendiri novel Laskar Pelangi atau boleh tonton video tersebut dekat Link di bawah ni.

*Selamat menonton

https://www.youtube.com/watch?v=wAWBaWYE0E0


Comments