Untuk tahun 2016 yang lalu, saya ada menulis sebuah artikel
bertajuk ‘Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media Dengan Kepujian’. Saya masih lagi
ingat, ketika itu, masih belum ada mana-mana blog yang menulis mengenainya.
Jadi, penceritaan dan perkongsian mengenai Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media
agak terbatas. Disebabkan kesukaran inilah yang membawa kepada tercetusnya idea
untuk menulis tentang Teknologi Media ini.
Jika menelusuri sedikit sejarah, Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Media ini merupakan kursus/bidang pengajian yang agak baru di
Universiti Utara Malaysia #UUM. Kursus ini mula diperkenalkan sekitar tahun
2012, dan diletakkan di bawah School of Multimedia Technology and Communication
(SMMTC).
Jika di kebanyakan universiti awam yang lain, kursus ini
lebih dikenali sebagai masscomm (singkatan kepada mass communication). Tapi,
jika di UUM, kursus ini dikenali sebagai Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media.
Ada juga yang mengenali kursus ini sebagai Teknologi Media.
Sepanjang kewujudannya, kursus ini telah melahirkan ramai
graduan yang mana pada hari ini, ada diantara mereka telah berjaya dalam bidang
masing-masing. Ada diantara mereka yang telah dan sedang bekerja sebagai
wartawan, video editor, jurukamera, content creator (penghasil kandungan),
penerbit rancangan, usahawan dan banyak lagi. Berikut merupakan antara syarikat/agensi
kerajaan yang ketika ini mempunyai graduan daripada jurusan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Media.
- Media Prima Berhad (stesen berita swasta)
- Siakap Keli (portal berita online)
- Mstar (portal berita online)
- Langkawi FM
- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
- Astro (syarikat penyiaran swasta)
- Jurukamera di Johor Southern Tigers (media sosial)
- Unit media di beberapa kementerian, seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Sebenarnya, banyak lagi syarikat/agensi kerajaan yang ketika
ini memiliki graduan daripada jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media.
Namun, walau apa sekalipun, penulis nak mengucapkan tahniah kepada semua
graduan Teknologi Media yang ketika ini telah berjaya dalam bidang pekerjaan
masing-masing.
Kepada mereka yang masih dalam tempoh pengajian, penulis
mengucapkan selamat maju jaya dalam pengajian dan semoga bersedia berdepan
dengan dunia pekerjaan yang semakin hari dilihat semakin mencabar.
Kepada mereka yang mahu menjadikan kursus Teknologi Media
ini sebagai pilihan untuk melanjutkan pengajian di UUM, penulis
mengalu-alukannya dan berdoa agar kursus ini kena dengan jiwa kalian.
Sekian untuk corat-coret bagi edisi Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Media Dengan Kepujian edisi ke-2.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
Syahmi Minhad
Alumni Teknologi Media sesi 2014/2015
#UUM #AlumniUUM #universitiUtaraMalaysia #SMMTC
#TeknologiMedia #kursus #pengajian #pekerjaan #media #Alumni #PERMEDIA #Ijazah
#Masscomm #Komunikasi #Pendidikan #PengajianTinggi
Comments
Post a Comment