Tun Dr Mahathir Mohamad | Kisah hidup, sumbangan dan pencapaian sepanjang hayat

Kalau sebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad, rasanya bukan rakyat Malaysia je yang kenal, tapi satu dunia kenal Tun. Walaupun beliau bukan lagi Perdana Menteri Malaysia, tapi orang ramai masih lagi sebut namanya. Itulah kehebatan seorang Tun Dr Mahathir, beliau tidak perlu mengatakan dirinya hebat, tapi hasil kerja dan sumbangannya yang berbicara.

Secara peribadi, saya dah hasilkan beberapa penulisan berkaitan Tun Dr Mahathir dan penulisan tersebut disiarkan di portal-portal berita tempatan. Ada juga dijadikan dalam bentuk video dan disiarkan di Youtube.

Jadi, untuk kali ini, saya kongsikan kisah hidup Tun Dr Mahathir Mohamad, daripada beliau lahir hinggalah berakhirnya karier beliau sebagai ahli parlimen. Berikut merupakan kisah hidup beliau.


Kehidupan awal (secara ringkas)

Dr Mahathir, atau nama penuhnya, Mahathir bin Mohamad. Lahir pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, dan mendapat nama gelaran ‘Che Det’ daripada adik beradiknya yang lain.

Bapanya bernama Mohamad Iskandar dan ibunya bernama Wan Tempawan Wan Hanafi.

Bapanya bekerja sebagai guru, dan merupakan orang Melayu pertama yang dilantik sebagai guru besar di sekolah inggeris di Kedah, manakala ibunya merupakan suri rumah sepenuh masa.

Semasa kecil, ibu bapanya sangat tegas, jadi Tun M sendiri tak boleh main kat luar rumah sesuka hati. Beliau hanya main gasing, guli dan layang-layang. Tun M dan adik beradiknya banyak menghabiskan masa dengan mengulang kaji pelajaran. Pendidikan agama juga diberi dengan cukup, Tun M belajar mengaji dengan gurunya bernama Ustaz Zakaria.

Dapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, dan dua tahun lepas tu, beliau masuk sekolah inggeris kerajaan yang sekarang ni dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.

Masa kat sekolah, beliau bukan je aktif berdebat, malah aktif dalam sukan ragbi, dan mempunyai kemahiran berbahasa inggeris yang sangat baik, sehingga dilantik sebagai editor majalah di sekolahnya.

Disebabkan study hard dan fokus dalam pelajaran, beliau dapat lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan ditawarkan biasiswa. Walaupun pada mulanya Tun M nak sambung pelajaran dalam bidang undang-undang, tapi beliau terpaksa lupakan hasrat tu sebab tak dapat biasiswa dalam bidang yang dia nak. Sebaliknya, beliau dapat biasiswa dalam bidang perubatan dan beliau akhirnya menerima tawaraan biasiswa tersebut.

Dengan biasiswa yang diterima, pada tahun 1947, Tun sambung belajar di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura. Masa kat Singapura, beliau aktif menulis untuk akhbar The Sunday Times (kini dikenai sebagai The Straits Times) dengan menggunakan nama pena C.H.E Det. Di kolej yang sama, beliau bertemu dengan Tun Dr Hasmah binti Mohd Ali, juga merupakan seorang pelajar perubatan.

Mereka berdua berkahwin pada tahun 1956. Hasil perkahwinan, dikurniakan zuriat seramai 7 orang iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Tun meninggalkan perkhidmatan dalam kerajaan pada tahun 1957 untuk menubuhkan kliniknya sendiri, ‘Klinik Maha’, yang juga merupakan klinik swasta milik orang Melayu pertama di Kedah.

Macam mana boleh terlibat dengan politik?

Lepas berakhirnya perang dunia ke-2 dan berundurnya tentera jepun, British nak mempengaruhi pentadbiran Tanah Melayu dengan memperkenalkan konsep Malayan Union. Konsep Malayan Union ni merupakan satu bentuk pentadbiran yang akan menjejaskan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Usaha untuk tubuhkan Malayan Union ni dapat tentangan hebat daripada banyak pihak, termasuk Tun sendiri. Beliau bersama kawan-kawannya yang lain telah bertindak menulis surat kepada akhbar-akhbar tempatan untuk sedarkan orang-orang Melayu tentang bahaya yang akan berlaku kalau Malayan Union berjaya ditubuhkan.

Makin lama, siri bantahan penduduk tanah melayu makin meningkat hingga mendorong orang-orang Melayu bersatu hingga membawa kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada Mei 1946. Lepas UMNO ditubuhkan, Tun merupakan antara individu terawal mendaftar ahli UMNO.

Nama Tun makin terkenal, hingga membolehkan dirinya mewakili UMNO untuk bertanding di parlimen Kota Setar pada PRU ke-2. Keputusan PRU menyaksikan Tun berjaya tewaskan calon PAS dengan majoriti lebih 60 peratus (60.2%). Karier politiknya makin cemerlang apabila dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965.

Dipendekkan cerita mengenai politik, Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 bermula bermula 16 julai 1981 hingga 30 oktober 2003.

Dilantik semula jadi PM Malaysia ke-7 (10 Mei 2018-24 Februari 2020). Masa beliau pegang jawatan PM buat kali yang kedua, beliau adalah PM Malaysia yang tertua dan ketua negara/ketua kerajaan tertua di dunia.

Sepanjang Tun jadi PM, seramai 5 individu pernah berkhidmat dengannya sebagai Timbalan Perdana Menteri:

  • Ø  Tun Musa Hitam
  • Ø  Tun Ghafar Baba
  • Ø  Dato’ Sri Anwar Ibrahim
  • Ø  Tun Abdullah Ahmad Badawi
  • Ø  Datuk Seri Wan Azizah

 

Penjagaan kesihatan dan rahsia kehidupan

Di usia hampir mencecah 101 tahun (2026), nama Tun masih dikenali dan disegani bukan sahaja dalam negara, malah di peringkat antarabangsa.

Selain dalam arena politik, beliau cukup disegani sebab masih kekalkan kesihatan, aktif, sentiasa jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat.

Ini beberapa tips yang beliau kongsikan mengenai rutin hariannya:

  • Ø  Jangan makan terlalu banyak.
  • Ø  Tidak merokok dan tidak minum minuman keras.
  • Ø  Amalkan konsep makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
  • Ø  Kekal aktif berjalan atas mesin treadmill, ada kalanya berbasikal.

Dipetik dari Astro Awani, Tun kongsikan tips penjagaan kesihatannya adalah dengan mengawal pemakanan. Beliau mengawal pegambilan makanannya setiap hari supaya tak makan lebih had. Perkara pertama yang dilakukan ialah elak daripada jadi gemuk, maksudnya tak boleh makan terlalu banyak. Kalau rasa sedap, kena berhenti makan. Beliau cakap yang amalan ni susah, tapi tu adalah amalan yang telah dia buat selama lebih 30 tahun dan berjaya pastikan berat tak lebih 62 kilogram.

Antara pesanan Tun: Elak tidur terlalu lama, galakkan menulis, berjalan dan kalau ada apa-apa perbicangan boleh join/sertai. Sentiasa aktifkan diri.

Kontroversi

Ada satu peristiwa yang digelar sebagai ‘DAWN RAID’ atau serangan subuh. Melalui peristiwa ni, Tun dan kerajaan Malaysia berjaya memanipulasi pasaran saham di Britain hingga berjaya memindahkan hak milik syarikat Guthrie kembali kepada orang tempatan. Kejayaan ni merupakan satu kejayaan besar yang dicapai Malaysia.

Di sebalik kejayaan ni, Malaysia perlu berdepan serangan psikologi dari pihak Britain, bermula dengan Britain sengaja naikkan kadar yuran pelajar kita kat sana sebagai serangan balas terhadap apa yang dilakukan Kerajaan Malaysia.

Bagi balas serangan ni, Tun dan kerajaan Malaysia melancarkan kempen boikot barangan keluaran British, dengan pengedaran risalah dan makluman rasmi kerajaan dalam usaha memastikan jualan produk British merudum.

Terdapat juga laporan yang mengatakan Malaysia menggertak untuk keluar daripada kesatuan Komanwel.

Akhirnya, Kerajaan British berjanji akan mengkaji dan menghormati Dasar Ekonomi Baru kerajaan Malaysia. Britain juga bersetuju akan menyediakan dana biasiswa bagi pelajar Malaysia yang layak.

Krisis kewangan Asia

Salah satu detik sejarah yang paling diingati sepanjang tempoh kepimpinan Tun ialah krisis kewangan Asia yang berlaku diantara tahun 1997-1998. Ketika kebanyakan negara tunduk kepada syarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Tun M ambil langkah drastik dengan mengawal modal, menambat ringgit kepada dolar AS dan mengharamkan perdagangan saham Malaysia di pasaran luar negara seperti di Central Order Limit Book (CLOB) Singapura.

Walaupun pada awalnya apa yang Tun buat ni ditentang hebat dan dikritik banyak pihak, tapi pada akhirnya menunjukkan keputusan yang positif apabila ia terbukti berjaya dalam menstabilkan ekonomi negara.

Krisis kewangan ni juga mencetuskan konflik politik besar dalam negara apabila Tun M pecat dan penjarakan Anwar Ibrahim, yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO. Peristiwa ni memberi perubahan terhadap landskap politik Malaysia selama lebih 2 dekad, dengan gerakan reformasi muncul sebagai cabaran utama terhadap parti Barisan Nasional yang ketika itu menjadi parti yang memerintah negara.

Pengkritik hebat kuasa Barat

Tun M juga dikenali sebagai pemimpin yang lantang dan berani mencabar kuasa Barat. Pernah kritik George Soros sebagai ‘PENYANGAK MATA WANG’ kerana cetuskan spekulasi mata wang yang menyebabkan kejatuhan ekonomi Asia. Walaupun pernah berselisih pendapat, akhirnya Tun M dan George Soros dah berbaik.

Ini selepas Tun M menerima penjelasan Soros bahawa beliau secara peribadi tak terlibat dalam spekulasi mata wang dan kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pedagang-pedagang mata wang yang lain. Tun M dan Soros juga dah mula berbaik, sebab masing-masing mempunyai pendapat yang sama dalam mempromosi keamanan dunia dan menolak peperangan.

Anugerah, kejayaan dan pencapaian

Banyak pencapaian yang dah dicapai sepanjang hidup Tun Mahathir, antaranya:

Merupakan PM yang paling lama berkhidmat di Malaysia, dan juga di negara Asia Tenggara.

  • Pernah menulis dan menghasilkan 17 buah buku. Antara yang popular:

  • The Malay Dilemma, A Doctor in the Houe dan Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia (buku capturing hope adalah buku yang paling latest ditulis oleh Tun M, diterbitkan pada tahun 2021)
  • Tahun 2018, telah dinobat sebagai Lelaki Muslim paling berpengaruh di dunia. Pengiktirafan ni dibuat oleh The Muslim 500 .
  • Antara individu penting yang mempercepatkan pemodenan negara, hingga menjadikan Malaysia sebagai kuasa utama dalam bidang perindustrian.

 

  • Melaksanakan projek mega seperti menara berkembar Petronas, KLIA dan MSC (Multimedia Super Corridor). Tun M mendedahkan ekonomi Malaysia dengan pasaran antarabangsa, mengurangkan halangan perdagangan antarabangsa, menswastakan sektor kerajaan. Masa bawah pemerintahan Tun M, Malaysia menjadi salah sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai kemakmuran dari segi ekonomi. Sektor industri negara berkembang maju, kelas pertengahan (middle class) semakin berkembang dan kualiti hidup rakyat mengalami peningkatan.

Malaysia mainkan peranan yang lebih aktif di arena antarabangsa, apabila sentiasa bersuara bagi negara-negara membangun di Asia dan Afrika. Dengan begitu banyak pencapaian, beliau digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Tahun 2016, Tun M menubuhkan parti politik yang baru untuk mencabar Barisan Nasional. Tahun 2018, tahun menakjubkan buat Tun apabila di usia 93 tahun, gabungan politik yang dipimpinnya berjaya menang dalam pilihan raya dan dipilih jadi PM ke-7.

Sumbangan

Ø  Industri:  melalui polisi ekonominya, Tun M mengubah Malaysia daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara industri sekitar era 80 dan 90 an. Perubahan ni jadikan Malaysia sebagai negara pengeksport produk komputer dan televisyen. Peralihan ni menaikkan pendapatan negara, dan mengubah negara menjadi Negara Perindustrian Baru, atau Newly Industralised Country).

Ø  Penswastaan: konsep peswastaan telah diperkenalkan dan telah diwujudkan satu garis panduan untuk jalinan kerjasama antara sektor swasta dan pelbagai jenis perniagaan yang lain. Sebagai PM, beliau sentiasa galakkan peningkatan jumlah usahawan dan pemilikan perniagaan di Malaysia. Dan ada diantara syarikat-syarikat dari Malaysia telah berjaya mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara.

Ø  Kereta nasional:  sekitar 80-an, Tun M berjaya merealisasikan penciptaan kereta nasional Malaysia, PROTON. Kejayaan penciptaan kereta ni adalah hasil perkongsian teknologi dengan Mitsubishi. Kemunculan PROTON mencipta banyak pekerjaan dalam industri automotif, dan melahirkan subsektor untuk alat ganti dan perkhidmatan kereta.

Ø  Multimedia Super Corridor (MSC): untuk meningkatkan pertumbuhan dan mendorong Malaysia ke arah negara digital dan berpengetahuan, Tun M perkenalkan MSC pada tahun 1996. Projek MSC ni melibatkan jarak 15KM X 50KM (15KM kali 50KM) yang melibatkan jarak dari KLCC hingga KLIA. Projek MSC ni menawarkan akses internet berkelajuan tinggi serta menawarkan pelbagai insentif cukai kepada syarikat-syarikat teknologi yang memilih untuk menubuhkan syarikat dalam kawasan MSC.

Projek infrastruktur:

Ø  Di bawah kepimpinan Tun M, program pembangunan infrastruktur di Malaysia telah melalui proses yang sangat cepat. Lebuh raya Utara-Selatan, KLCC dan KLIA adalah salah satu projek infrastruktur mega yang berjaya dilaksanakan, dan memberi sumbangan yang amat besar terhadap perkembangan ekonomi negara. Projek-projek ni membuka peluang pekerjaan, menaikkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa, dan paling penting dapat memacu pembangunan di kawasan sekitar.

Anugerah yang Tun dapat:

  • Terlalu banyak anugerah yang diterima sepanjang hayatnya. Antara yang beliau pernah dapat:
  • Dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara pada tahun 2003 yang membawa gelaran Tun.
  • Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” yang dianugerahkan oleh Maharaja Akihito dari Jepun. Anugerah ni merupakan anugerah tertinggi dari negara Jepun untuk Tun M. (2018)
  • Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Kemanusiaan oleh Universiti Doshisha, Jepun (2019)
  • ‘Nishan-e-Pakistan’ atau Order of Pakistan, anugerah awam tertinggi negara Pakistan yang disampaikan oleh Presiden Pakistan Dr Arif Alivi (2019)
  • Turkish Order of the Republic (2019), dianugerahkan oleh presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (Erdogan)
  • Anugerah The Dragon of Bosnia, anugerah tertinggi negara Bosnia bagi kesungguhan Tun M memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Islam Bosnia. Anugerah ini telah dianugerahkan oleh Alja Izetbegovic, Presiden Bosnia pada 19 April 1996.

Comments